Cuaca sejuk pengaruhi hubungan

Cuaca sejuk pengaruhi hubungan

Pakar akui perubahan iklim timbulkan mood positif, persekitaran selesa

CUACA sejuk di negara ketika ini merupakan masa terbaik untuk menggiatkan aktiviti luar bersama keluarga selain dapat memberi kesan positif kepada hubungan peribadi.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cuaca sejuk di Malaysia sekarang dijangka menggiatkan lagi aktiviti luar bersama keluarga dan kawan-kawan serta mungkin disukai oleh pasangan bercinta kerana badan tidak berpeluh sehingga boleh mengganggu keselesaan.

Malah, penurunan suhu antara 21 hingga 24 darjah Celsius di beberapa kawasan di negara ini sejak beberapa hari lalu dipercayai turut mewujudkan perasaan lebih tenang dalam kalangan masyarakat.

Pakar Psikologi Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor memberitahu, cuaca sekarang mewujudkan persekitaran lebih selesa berbanding sebelum ini yang lebih panas menyebabkan orang ramai mudah berpeluh.

“Dalam keadaan cuaca sejuk kalau tidak pakai pewangi sekali pun, badan tidak akan berbau. Selain itu, badan juga tidak melekit sebab peluh, jadi ia me­nimbulkan rasa selesa untuk me­lakukan sebarang aktiviti.

“Jadi ramai dalam kalangan kita termasuk pasangan bercinta boleh melakukan aktiviti luar bersama secara lebih kerap. Bukan hanya keluar bersama tetapi hendak makan di luar pun lebih selesa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau bagaimanapun memberitahu, pe­rasaan untuk bercinta bukan hanya wujud ketika cuaca sejuk tetapi suhu seperti sekarang boleh menyebabkan sesuatu hubungan dapat dieratkan dengan memperbanyakkan aktiviti bersama.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd. Saad memberitahu, waktu sekarang adalah masa yang baik untuk mengukuhkan hubungan kerana ia memberi kesan positif kepada perasaan.

“Mengikut kajian, cuaca memainkan peranan penting kepada ketenangan hati dan ramai dalam kalangan masyarakat dunia mengalami perubahan mood yang ketara berkaitan perubahan cuaca.

“Cuaca di negara ini sekarang selesa menyebabkan mood seseorang adalah stabil dan interaksi hubungan antara pelbagai pihak seperti keluarga juga dapat diperkukuhkan,” katanya.

Jelasnya, lagi, jika seseorang menghabiskan masa di luar ketika cuaca baik, dia akan jadi ceria dan memberi kesan positif untuk mengeratkan hubungan.

Kosmo! kelmarin melaporkan, beberapa kawasan di negara ini terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celsius sejak tengah malam hingga awal pagi kelmarin.

Jabatan Meteorogi Malaysia memberitahu, fenomena itu berlaku akibat cuaca mendung, hujan berterusan dan tiupan angin sejuk Monsun Timur Laut menyebabkan suhu menurun terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s