Salah Tampar Kanak-Kanak, Ketahui Akta Melindungi Mereka Di Bawah Usia 18 Tahun

Salah Tampar Kanak-Kanak, Ketahui Akta Melindungi Mereka Di Bawah Usia 18 Tahun

Isu Cikgu Azizan yang dibebas tanpa dilepaskan kerana menampar seorang pelajar berusia 11 tahun kerana kesalahan menghidu gam dan cuba mempengaruhi pelajar lain menjadi topik hangat minggu ini.

Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa kerana terlalu memanjakan anak di zaman ini. Betul, tidak salah kerana masing-masing ada pendapat tersendiri.

Namun sebelum masing-masing menyuarakan hak khususnya di media sosial, fahami Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC)  yang telah meluluskan Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak-kanak  di bawah usia 18 tahun.

18 tahun lalu, seluruh dunia bersatu  mengatakan ya kepada kanak-kanak, iaitu  kanak-kanak  mempunyai hak asasi yang sama seperti orang-orang dewasa.

Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.

CRC  ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, sama ada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin – mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara dan pendapat mereka diperdengarkan.

Baca pandangan Profesor Undang-Undang UKM, Prof  Dato Noor Aziah Mohd Awal yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia dalam facebooknya  hari ini. Beliau juga adalah wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak.

Ini coretannya.

Kes Cikgu Azizan terpapar dalam khabar2 tempatan dan media sosial. Penyokong amat gembira Mahkamah melepaskannya dan disebut sebagai suatu kemenangan besar. NUTP minta minta wujudkan Kod Etika utk hubungan ibubapa-guru supaya guru diberi perlindungan dari sebarang tindakan undang2.

Kenapa guru yg dewasa yg tugasnya termasuk melindungi kanak2 perlu dilindungi??

Tenggelam lah cerita kanak-kanak 11 tahun yang dicederakan dengan ditampar. Semua menunding jari kpd kanak2 dan ibubapanya yg membuat laporan polis atas apa yg berlaku sehingga guru ini didakwa.

Soalan saya mudah – siapa mangsa dalam kes ini??

Malaysia selepas menanda tangani konvensyen Hak Kanak-kanak telah meluluskan Akta Kanak2 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak2. Siapa kanak2? Yg berumor di bawah 18 tahun. Sesiapa yg mencederakan kanak2 boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman yg membawa hukuman penjara dan denda. Tiada siapa terkecuali dari tindakan jika mencederakan kanak2. Ini bermakna ibubapa, penjaga, guru, jiran, keluarga dan lain2.

Apa bentuk deraan?
Apa2 kecederaan fizikal mental dan seksual.
Banyak kes ke guru diserang ibubapa?
Adakah kes guru diserang jauh lebih banyak dari kes pelajar dicederakan oleh guru?
Guru adalah penjawat awam yg dilindungi undang2 jika dia bertindak di bawah ruang lingkup bidangkuasanya. Jika guru melakukan sesuatu perkara yg di luar TOR tugasnya, maka dia tidak akan dilindungi oleh undang2.

Di sekolah hya guru besar dan guru disiplin boleh merontan pelajar. Merotan bukan di muka. Malah jika merotan yg mengakibatkan kecederaan, masih boleh didakwa
bawah akta kanak2. Peraturan sekolah juga telah ada mengawal selia kedatangan ibubapa ke sekolah.

Kita semua sebagai ahli masyarakat perlu jelas tentang isu ini. Bila kita dengar kes kanak2 dicederakan ibubapanya, kita terus kata mereka ibubapa tidak berhati perut. Kita jijik melihat bapa , bapa saudara atsu atuk merogol anak, anak saudara atau cucunya. Kita jijik melihat pedofil. Tapi bila guru cederakan murid sehingga pekak, patah atau guru rosakkan semangatnya, jatuhkan air mukanya dan sisih dia sehingga dia enggan ke sekolah, kenapa kita tidak cepat salahkan guru tetapi lebih suka salahkan kanak2 itu.

Kanak2 jika dia membunuh, merompak dan mencederakan orang, ia tetap kanak2. Perbicaraannya di Mahkamah Bagi Kanak2, prosidurnya berlainan dari mahkamah biasa. Hukumannya juga berbeza dari pesalah dewasa.

Dalam hal ini, sebagai ibubapa adakah kita melindungi anak kita? Sebagai anggota masyarat, ikhlaskah kita dalam menangani isu GURU V Kanak2. Boleh kah seorang guru tumbuk/tampar kanak2 kerana kanak2 itu berkelakuan buruk? Siapa yg patut dipersalahkan???

Serious kah kita melindungi kanak2 dari didera secara fizikal, mental dan seksual??

Atau kita berpendirian mudah “ asal bukan anak kita, lantaklah!! “

Saya datang dari keluarga guru. Sentiasa menghormati guru dan sangat sayangkan kanak-kanak. Namun jika guru bertindak diluar bidangkuasanya, dia bukan lagi perlu dihornati. Adil kah kita kpd kanak2????

Perkasa kan guru dengan ilmu mengenai hak kanak2.
Sayangi kanak2 kita.

Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan hak wanita dan kanak.

Fikir- fikirlah.

Ini catatan Prof Dr Noor Aziah difacebooknya.

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnoor.a.awal%2Fposts%2F10156146643963901&width=500#amp=1 

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s