Burung Hantu

Burung Hantu : Simbol kebijaksanaan atau membawa petanda buruk cuma MITOS!

Spesis Burung Hantu yang dikenali dengan The Barred Eagle -Owl apabila saya bertanya kepada seorang pakar burung daripada Australia, Mr Fisher Stevensen. Didalam carian di internet ianya juga dikenali dengan Malay Eagle Owl didalam keluarga Strigidae.  (http://en.wikipedia.org/wiki/Barred_Eagle-owl ) Taburan spesis ini terdapat dinegara seperti Brunei, Cocos Island, Indonesia, Singapore, Thailand, Myanmar dan juga negara kita.Habitat nya adalah kawasan sub-tropikal atau hutan tanah pamah. Mata bulat, besar mampu melihat benda secara 3d (3dimensi) tidak boleh kenyit mata atau menjeling tetapi kelemahan itu diganti dgn kelebihan kepala berpusing sehingga ¾ putaran.

Pakar dalam memusat & focus  walau didalam gelap dengan taktikal mantap & mampu menyerap bunyi mangsa drp jarak jauh.

Munurut Fisher, burung Hantu ini juga memakan serangga dan binatang kecil. Jika diamati dibawah dada terdapat 3 jalur.

Burung Hantu ini didalam kawalan serta pemerhatian Jabatan Perhilitan kerana sifatnya yang “mesra pelanggan” dan “ramah” dikhuatiri keselamatan nya akan terancam!!

Fakta menarik Burung Hantu,  kepala boleh berpusing 180′ ke belakang

Iklan