Satu kisah tauladan bertajuk ~HIKMAH~

​Sebelum tidur………..mata sy mesti baca satu kisah yg bagus2…….
~HIKMAH~
Pada suatu masa dahulu, dikisahkan seorang lelaki ini berhasrat untuk berusaha setahun, kemudian bersedekah dengan apa yang diusahakannya selama setahun kepada orang susah.
Setelah setahun berlalu, dapatlah dia mengumpulkan sebanyak beberapa ribu dinar. Kemudian, dia pun pun keluar pada malam hari untuk memberikan wang itu kepada orang yang dirasakan perlu. 
Tiba-tiba, dia melihat seorang wanita didalam gelap duduk keseorangan. Pada sangkaannya pasti wanita itu merupakan orang yang susah. Kemudian, dia terus mencampakkan uncang wang itu kepada wanita itu dan terus berlari. 
Pada keesokan harinya, riuh bandar itu tentang kisah seorang pelacur yang dilemparkan kepadanya seuncang wang emas. Setelah mendapat tahu peristiwa itu, lelaki itu menjadi sedih dan berdoa kepada Allah, “Ya Rabb…Aku menghendaki membantu orang susah tetapi aku telah tersalah beri kepada orang yang tidak sepatutnya”
Namun, lelaki itu masih tidak berputus asa dan terus mengumpulkan harta untuk disedekahkan. Setelah genap setahun, lelaki itu keluar lagi untuk mencari orang yang memerlukan bantuan. Kemudian, dia melihat kelibat seorang lelaki sedang duduk keseorangan. Pada pengamatannya sudah tentu lelaki ini susah, lalu dia pun mencampakkan seuncang wang itu kepada lelaki itu.
Pada keesokan harinya, kecoh kisah tentang seorang pencuri yang dikurniakan seuncang wang emas. Luluh hati lelaki itu mendengar peristiwa itu. Kemudian, dia mengangkatkan tangan dan berdoa, “Ya Rabb…Aku benar-benar mahu memnbantu orang yang perlukan bantuan tetapi ini pula terjadi”
Lelaki itu masih tidak berputus asa dan cuba buat kali yang ketiga. Kali ini, dia melihat seorang tua yang berjalan dalam gelap dengan bertongkat. Pada sangkaannya, sudah pasti orang ini susah. Lalu dicampakkan uncang emas itu ke arah lelaki itu dan terus berlari.
Pada keesokan harinya, tersebar berita seorang yang paling kaya di situ dan kedekut dengan hartanya telah menerima seuncang emas yang dilemparkan kepadanya. Bertambah sedih lelaki itu mendengar cerita itu dan terus menghentikan niatnya.
Setelah 20 tahun berlalu, di daerah itu muncul dua orang tokoh ulamak yang giat menyampaikan ilmu. Mereka berdua mempunyai beribu pengikut dikalangan pelajar termasuklah lelaki itu. Pada suatu hari, lelaki itu bertanya tentang latar belakang mereka.
Mereka bercerita tentang sejarah hidup mereka. Semasa mereka kecil dan mereka telah kehilangan ayah mereka. Hidup mereka pada saat itu sangat daif. Ibu mereka terpaksa menjadi pelacur. Pada suatu hari, tiba-tiba ibu mereka dikurniakan dengan rezki yang tidak disangka. Seorang yang budiman telah mencampak seuncang emas kepadanya.
Bermula saat itu, ibu mereka terus bertaubat dan membesarkan mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan mengajarkan mereka dengan ilmu agama sehingga mereka menjadi seperti diri mereka hari ini. Mendengar cerita itu, lelaki itu terus bersujud dan bersyukur. Kemudian, dia terfikir tentang pencuri yang dibantunya.
Suatu hari, tersebar berita seorang wali Allah yang mempunyai beribu pengikut meninggal dunia. Orang ramai bercerita tentang wali tersebut sehingga tiba ke telinga lelaki itu. Wali itu merupakan seorang pencuri. 
Pada suatu hari, pencuri itu berdoa kepada kepada Allah semasa sedang merancang untuk mencuri dengan berkata, “Ya Allah, aku tahu perbuatan aku ini salah. Sekiranya aku memperolehi rezki yang halal pada hari ini aku akan bertaubat dan berhenti mencuri”. Tiba-tiba seuncang emas betul-betul jatuh dihadapannya. Disebabkan kejadian itu, pencuri itu bertaubat, memperbaiki amal dan terus menjadi seorang yang mulia.
Ternyata kisah itu amat menggembirakan hati lelaki itu. Kemudian, dia tergerak untuk mengetahui kisah lelaki tua kedekut itu. Ternyata lelaki itu sudah meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, lelaki itu telah menyerahkan seluruh hartanya ke baitulmal kerana merasa malu dengan Tuhan yang masih memberinya rezki meskipun dia itu berharta dan kedekut.
Melalui kisah ini, dapatlah diketahui, kita tidak tahu bila atau bagaimana usaha kita atau pengharapan kita akan dibalas oleh Allah.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s