​*ISTERI KERAP MEMARAHI SUAMI MEMPERCEPATKAN PENUAAN SUAMI*

Al-kisah, Imam Asy-Syafi’i adalah generasi tabi’it tabi’in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW. 
Imam Asy-Syafi’i terkenal sebagai ulama’ mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan ukuran 1 sho’ = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yg besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yg cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.
Kemudian Imam Asy-Syafi’i berinisiatif pergi ke kota Madinah utk bertemu dgn orang yg paling tua, kerana mungkin orang yg paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.
Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi’i bertanya, “Pak Cik berumur berapa tahun?

Pak Cik menjawab, “Umurku 75 tahun.”
Imam Asy-Syafi’i bertanya lagi, “Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?”
Pak Cik menjawab, “Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku.”
Imam Asy-Syafi’i pun menemui bapanya kemudian bertanya, “Umur Pak Cik berapa tahun?”
Bapa Pak Cik itu menjawab, “Umurku 100 tahun.”
Lalu Imam Asy-Syafi’i bertanya lagi, “Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?” 
Bapa Pak Cik itu menjawab,
“Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku.”
Lalu Imam Asy-Syafi’i menemui seorang tua dan beliau bertanya, “Umur datuk berapa tahun?”
Datuk itu menjawab, “Umurku 125 tahun.”
Imam Asy-Syafi’i terus bertanya, “Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?”
Datuk itu menjawab, “Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW.”
Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi’i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dgn ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yg kita fahami sekarang.
Drp pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yg mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi’i memberanikan diri bertanya kpd orang tua yg pernah bertemu dgn Rasulullah SAW, “Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas drp anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas drp cucu datuk?”
Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, “Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteriku.”
Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yg bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..
اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya.”
والله العظيم أعلم بالصواب

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s