Sambungan….Metafizik +Motivasi untuk yang berusia 20 tahun keatas

​۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Apa itu Alpha? Bab 1

==================
Baiklah.

Pastinya awak semua dah tahu apa itu gelombang Beta, Alpha, Theta, Delta.
Hihihi segan nak sembang kat sini sebab dikalangan kita  ramai yang lebih maklum berkaitan Bab  gelombang semua ni bagai kan.

Anggap ajelah akak ni budak baru belajar ya. Salah silap harab maafkan hihihi😁
Camana pun akak dan janji petang tadikan nak share sedikit bab membina visualization sebelum tidur dan selepas. Jika ianya agak panjang tak mengapa ya😊.
Pertama-tama, jom kita alami pengalaman alam Alpha awak yang pertama.
* Bagaimana cara untuk awak berfikir dalam keadaan yang sedar tapi dalam tahap Alpha. Cara ini akan ambil sikit masa bagi yang tak biasa buat. Namun jika awak yakin, malam ni juga dah boleh aktif. InshaAllah.
Akan diterangkan dengan cara yang mudah untuk menenangkan fikiran dan bakal bertambah bagus apabila istiqamah berlatih. Dengan izin Allah.
Bagi melatih minda mengikut cara ini, 

* tenangkan fikiran awak

* turunkan frekuansi otak ke tahap Alpha

* cuba latih menggunakan daya imaginasi

* buat gambaran mental.
Yang baiknya, awak baca step step ini dulu sampai habis dan faham, barulah mula buat tanpa membaca nota ini. Okey
Pejamkan mata dan mula lakukan setiap langkah yang dicadangkan ini.
Tak mahu buat pun tak mengapa. Akak okey je😊.
* Duduk di atas kerusi atau kat mana pun yang awak rasa selesa. Pejamkan mata.
* Tarik nafas dalam-dalam dan ketika awak nak melepaskannya buatlah perlahan-lahan sampai tenang badan awak ya.
* Kirakan dari belakang contoh bermula dari 50 hingga 1.
* Bayangkan suatu tempat yang damai sepengetahuan awak.
* Berkata pada diri sendiri dalam pemikiran awak 

” Setiap waktu, dalam setiap keadaan dan setiap detik ini aku menjadi semakin bagus dan terbaik dari yang terbaik”. ( boleh buat apa-apa ayat yang menyegarkan diri).
* Buat lagi dan ulangi dalam fikiran awak bahawa bila awak buka mata pada kiraan 5, awak akan bangun malah bertambah segar dari sebelum ini.
Apabila tiba ke angka 3, ulang perkara yang sama. Bila buka mata segera bagi signal pengesahan pada minda dengan ucapan 

” aku dalam keadaan sedar dan aku berasa lebih selesa dari sebelum ini.”
– Tahniah!
Awak dah mulakan langkah 1 dan 2. Buat setiap hari apabila selepas bangun tidur, balik kerja sebelah petang. 

Belajar bina kata-kata perangsang yang boleh mengubah dan menguatkan yakin diri.
Baca arahan di atas dan tutup nota. Lakukan terus agar bersedia untuk seterusnya.

Cubalah ya.
Baik, dah sedia untuk seterusnya?
Peringatan

==========.

Awak boleh menyebut beribu kali kata-kata perangsang pada tahap pemikiran biasa namun kenapa ianya tidak  berkesan.

Tetapi jika dilafazkan benda yang sama pada tahap Alpha akan memberikan hasil yang berkesan.

Mengapa?
Hasil kajian pakar didapati hanya 1 orang dari 10 orang, secara lumrahnya berfikir pada tahap gelombang minda Alpha tetapi mereka bertindak pada gelombang minda Beta.

Awak adalah salah seorang dari 10 itu. 

Cuba ingat nih ya.

Satu-satu caranya untuk memperolehi result yang seperti awak ingini itu ialah
‘ belajar berfikir pada tahap Alpha dalam keadaan penuh sedar (bukan dibawah sedar macam yang 10 orang tadi)’ 

Faham ke nih?😊
Baiklah.

Kita masuk bab yang seronok namun selalu terbabas nak buatnya.😁.
Meh akak nak cerita ni!.
* Ketika awak tidur, awak sebenarnya sudah memasuki dunia Alpha, tetapi fikiran awak terus masuk ke tahap yang lebih tinggi sangat pulak iaitu wave Theta  dan Delta.
* Sepanjang malam tu, minda awak sedang bergerak ulang alik dari Alpha ke Theta dan ke Delta macam air laut pasang surut. Larian ulang alik ni berlangsung hampir 90 minit lamanya.
* Pada waktu pagi pula, sejurus awak terjaga dari tidur tu, minda awak bergerak dalam tahap pemikiran Alpha. Seterusnya mula memasuki semula ke tahap pemikiran Beta (alam sedar).
Biasanya kita dah biasa diajar agar memikirkan atau visual matlamat awak sebelum tidur malam agar pemikiran Alpha bersedia membuat pembelajaran terancanh.

Isunya, awak tu mudah sangat tertidur. Senyap hihihi.
Sebenarnya ada beberapa latihan dan tugasan yang awak kena buat sebagai permulaan.
Akak akan beri satu persatu. Mungkin memerlukan beberapa Bab dalam catatan kat wall akak nih ya. 

Pastikan jangan ketinggalan sesi visualzation ni untuk bab seterusnya ya.

InshaAllah.
Inilah latihan membina visualization dalam Alpha ya.
* Ini adalah latihan Alpha pada waktu pagi sebaik saja awak terjaga dari tidur ya.
Mulakan:
1. Sejurus bangun dari tidur pagi esok selepas ucap syukur, segeralah ke bilik air jika perlu, lepas tu kembali semula ke tempat tidur awak. Siapkan jam loceng supaya berbunyi dalam 15 minit, manalah tahu waktu itu awak tertidur semula.
2. Pejam mata dan cuba gerakkan bola mata ke atas supaya menyentuh alis mata (kira-kira dalam 20°). 

Hasil kajian mendapati cara ini akan menghasilkan pemikiran Alpha yang sangat hebat. InshaAllah.
3. Latih mengira dari belakang bermula dengan 100 hingga 1 secara perlahan-lahan. Buat perkiraan hanya dalam fikiran saja dan setiap kiraan seterusnya tunggulah dalam 1 saat untuk ke angka seterusnya.

4. Sampai saja ke angka 1, buatlah visualization (gambaran mental) tentang diri awak yang berjaya mencapai suatu kejayaan.( Apa-apalah yang awak nak tu.) 
Untuk bantu memudahkan gambaran itu, ingatlah kembali saat kejayaan awak yang terkini, bayangkan 

TEMPAT, 

SUASANA,

PERISTIWA 

apa yang berlaku itu. 

Ingat kembali apa yang awak dah buat, dan bagaimana perasaan awak pada detik itu.(boleh ke)
5. Ulang beberapa kali kata-kata perangsan dalam hati contoh: ” setiap hari aku semakin berjaya dalam segala-galanya…”.
6. Cakap pada diri sendiri, ” aku akan kira dari angka 1 hingga 5, apabila sampai ke angka 5, aku akan buka mata. Aku rasa amat selesa dan berada dalam sangat sihat berbanding semalam.”

(Binalah kata-kata peragsang yang lain juga ya.)
7. Ulang ucapan yang sama dengan kiraan sampai ke angka 3. Ucap yang sama macam nombor 6 tu.
8. Teruskan kiraan sampai nombor 4, ucapkan kata yang sama. 

Bila sampai saja ke no 5, buka mata awak dan ucapkan” Aku dah bangun. Aku rasa sangat selesa dan berada dalam situasi yang cukup sihat berbanding dengan semalam. Aku merasanya sekarang.”
Ulang 8 step kat atas tu setiap pagi. Bukan sebelum tidur..
Boleh buat ke?

Akak doakan awak semua bolehlah mula mencipta magik-magik awak bermula pagi esok ya. 
*Masa emas ini tak lama tau. Anggaran hanya dalam sekitar 70-90 minit aje.

Mulakan dengan Bismillah.

InshaAllah.
 untuk step seterusnya akak akan  beri dalam catatan nota seterusnya. Inshaallah.

Tunggu tau!

Awak buat yang ini dulu.

Memang best dan mengujakan.
* Akak cadangkan elok awak bangun tu awal pagi lagi tau. Tak delah terkejar-kejar. Boleh buat dengan tenang.

Doalah Allah SWT bangunkan awak di awal pagi. 
That why Tahajud tu diwajibkan kena tidur dulu dan jangan berlengah bila dah jaga. Segera buat solat dan bervisual yang best-best. 

Barulah hari awak akan berlangsung dengan hebat dan berjaya.

InshaAllah.

Ingat tu awak😊😊😊.
Kita jumpa untuk ke BAB seterusnya nanti ya.
Sabarlah ya!
Salam ketenangan buat awak rakan sahabat yang diRahmati Allah SWT.
Assalamualaikum warahmatullah.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s