Nak jual rumah kena buat beberapa perkara dahulu sebelum

​Pagi ini kawan saya tanya. Katanya rakannya nak jual rumah sebab nak kurangkan komitmen dan nak beli rumah lebih murah dengan untung duit yang ada. Buat masa ini hanya itu sahaja hartanah yang dia ada, tapi sekarang sedang duduk menyewa. 
Nak jual rumah kena buat beberapa perkara dahulu sebelum boleh putuskan sama ada berbaloi atau tidak.
1. Semak market value.

Ada banyak cara. Dapatkan verbal valuation dengan cara walk in ke bank dan minta bantuan banker tanya panel valuer mereka. Atau kalau ada kawan valuer, tanya terus mereka. Paling cikai, tengokla berapa average harga orang jual rumah yang lebih kurang serupa di kawasan yang sama. 
2. Semak full settlement

Pergi ke bank yang bagi loan dan minta statement berapa full settlement, iaitu baki yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang
3. Kira keuntungan kasar

Kiralah berapa keuntungan kasar daripada jualan rumah tersebut. Itupun kalau dapat jual pada market value. Contoh market value 300K, full settlement 250K, maka untung kasar 50K. Kalau nak jual rendah daripada market value, contohnya 280K, so untung kasar 30K la. Ok katakan assume untung kasar 50K.
4. RPGT

Kalau rumah tu belum sampai tempoh edah 5 tahun, kena RPGT kecuali guna pengecualian sekali seumur hidup. Katakan rumah tu dah 4 tahun, RPGT 10%, so RPGT kasar ialah 10% daripada 50K = 5K. Ada banyak aspek RPGT yang lain, tapi tak sempat cerita. Assume la RPGT 5K.
5. Untung bersih

So untung separa bersih ialah 50K – 5K = 45K. Lepas tolak kos2 lain contohnya guaman dan repair2 apa yang patut, bolehlah untung 40K. Ini kiraan kasar je tau. Fine detail case by case basis.
Berbaloi ke tak 40K tu? Entah. Bergantung kepada matlamat tuan rumah la. 40K tu boleh je buat bayar deposit sebuah rumah lebih murah atau beberapa rumah lain. Game tak sama. Fikir sendiri berbaloi ke tak.
Ada orang untung 30K pun cukup dah. Ada orang lain untung 300K pun masih tak cukup2. Sukati la, rumah korang, kan.
Jangan pula main letak harga ikut suka, lepas sign S&P baru perasan rupanya harga jual tak cover pun full settlement. Memang yuran pengajaran la.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s