Cipta jenama dalam masa seminggu

Kombinasi internet dan strategi pemasaran atas talian dilihat mampu mengalih segala halangan dalam mencipta sesuatu produk. Menjadi sesuatu yang tidak mustahil juga andai anda dapat melancarkannya hanya dalam masa seminggu!

Ikuti langkah-langkah mudah berikut bagi merealisasikan impian anda itu.

#1 – Cipta Jenama Yang Mudah Melekat

logo_jenama_x

 

Pastikan anda memilih nama produk yang mudah diingati dan senang disebut. Anda juga harus memikirkan nama produk yang memiliki domain dot-com dan mudah untuk diakses dalam media sosial.

Tindakan ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk dilaksanakan.

#2 – Teliti Dalam Memilih Pengeluar Produk

minyak-ikan-600x305

Barangkali akan menjadi mimpi ngeri bagi anda sekiranya berurusan dengan pengeluar yang ibarat ‘biskut’ sekejap ada, sekejap tiada. Kebanyakan punca bagi masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh komunikasi yang tidak berkesan.

Anda harus memastikan para pengeluar produk itu mampu memberi maklum balas selewat-lewatnya tidak melebihi 24 jam. Jangan membuat keputusan yang hanya melibatkan kos yang rendah namun hasilnya menjadi punah.

#3 – Reka Bentuk Logo, Laman Sesawang Dan Pembungkusan

Lakarkan dahulu di atas kertas konsep dan logo yang anda inginkan terhadap produk anda. Kemudian, upah pereka yang berkemahiran dalam mengendalikan logo dan jenama anda tersebut.

Dalam masa 48 jam, anda dan pereka tersebut harus memberi keputusan yang muktamad akan reka bentuk yang diinginkan. Pindahkan reka bentuk tersebut kepada ‘WordPress theme’.

#4 – Segera Lancarkan Laman Web

Sekiranya menunggu untuk melancarkan laman web, anda akan membuat diri anda terus menunggu selama-lamanya.

Selain itu, dengan melancarkannya dengan segera, anda mampu untuk melihat ‘kesesakan trafik’ bagi web anda. Hal ini mampu membuatkan anda lebih terancang untuk mengeluarkan jumlah produk berdasarkan keadaan ‘trafik’ tersebut.

#5 – Rangka Strategi Pemasaran

marketing-plan

Anda boleh gunakan Facebook ads untuk membantu dalam menjana ‘cengkaman’ yang segera di antara pelanggan dan produk yang dikeluarkan. Cambahkan Facebook ads kepada beberapa kumpulan sasaran yang lebih kecil bagi betul-betul memahami kehendak pelanggan anda

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s