ADA RUMAH SEWA?

ADA RUMAH SEWA? NAK CARI PENYEWA? BACA INI.
Nak cari penyewa memang mudah, tapi nak dapat penyewa dari syurga sangat susah. Ikut nasib la kalau dapat yang bagus, tapi kalau tak bagus, itu mungkin sebab tak usah dengan betul.
Ini tips cari penyewa, tapi tak semestinya kena follow semua. Ikut la urgency dan kesesuaian diri sendiri.
1. IKLAN

Ikut teknik marketing masing-masing. Saya lebih suka letak gambar sebenar dan deksripsi sebenar unit saya untuk elak terlalu banyak soalan daripada orang yang berminat. Lagipun jujur itu tuntutan agama, kan.
2. CAGARAN

Letak cagaran 1 – 3 bulan, ikut keyakinan dan ekonomi diri sendiri. Cagaran bukan advance payment untuk sewa, iaitu bagitau siap2 kat penyewa bahawa cagaran tak boleh dijadikan bayaran sewa bulan-bulan terakhir. Cagaran hanya akan dipulangkan dalam tempoh 2-4 minggu selepas penyewa keluar untuk tunggu bil api, bil air dan menilai kondisi rumah. Bagitau apa sebab2 untuk burn deposit contohnya melanggar perjanjian, keluar tanpa notis 1-2 bulan, dan lain-lain.
3. TAPISAN

Minta salinan ic penyewa dan pasangan, tempat kerja, kenapa pindah dari rumah lama, nombor hp tuan rumah lama (konon2 nak call pengesahan dari tuan rumah lama), nak duduk berapa lama, nak duduk mula bila dan sebagainya. Kalau dia ragu2 nak bagitau, suspek sesuatu.
4. PENYEWA

Dah habis tapis? Istikharah pilih penyewa. Hehe. Ok, now dag pilih penyewa. Simpan salinan ic, sign dan stamp agreement. Explain satu persatu supaya tak timbul pertikaian di kemudian hari. Contoh agreement download di ruangan komen.
5. TUNJUK RUMAH

Masa serah kunci, tuan rumah dan penyewa inspect rumah sama2. Kalau ada kerosakan masa tu, take note. Supaya takde pertikaian utk tuan rumah claim deposit kemudian if ada kerosakan yang penyewa buat. Boleh ambil gambar sebelum serah kunci sebagai bukti kemudian.
6. BIL 

Letak kat dalam agreement siap2 apa bil yang tuan rumah cover dan apa bil yang penyewa cover. Bil api, bil air, maintenance fee, indahwater dan lain-lain. So explain betul2. Tiap2 bulan suruh penyewa snap bil terbaru untuk check tunggakan.
7. Lain-Lain 

Baca dalam agreement. Lihat link di ruangan komen untuk download draf agrreement sewa rumah.
Sebelum download, komen dan share ye. Hehe.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s