Jamu homemade untuk wanita.

​Jangan Ambil Mudah Bab Bahagian Intim. Wanita Wajib Amal!

Nak jaga luaran mungkin senang tetapi kalau bab dalaman jangan ambil mudah ya, Mak-mak. Rasa selesa macam mana pun, kita tak boleh jangka kalau sakit dalaman, tambah pula untuk En. Abang sayang. Cuba amalkan beberapa petua yang dikongsi oleh Puan AdiNa ROslan ini…

AIR ASAM KUNYIT

Bahan:

Kunyit hidup (bukan serbuk)

Asam jawa

Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa)

Gula perang/madu/gula batu (ikot cita rasa)

Cara penyediaan:

Ketuk kunyit (seeloknye pakai lesung,kalau tak hiris pun tak apa) kemudian rebus/reneh dengan manjakani. Kalau letak air 4 gelas, rebus sampai jadi 2 gelas. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)

KEBAIKAN

1. KUNYIT

Cuci darah dan kotoran dalaman,kecutkan rahim (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser), pulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.

2. ASAM JAWA

Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.

3. MANJAKANI

Pulihkan otot dalaman,dengan kata lain ketatkan kembali ‘aset’ lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala ‘aset-aset’ kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah kputihan, cepatkan penyembuhan luka jahitan dan sebgainya.

1. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti, buat pekat, bila nak minum campurkan air panas. Minum suam-suam.

2. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa)

3. Jangan minum waktu period dan wanita hamil dilarang sama sekali

Iklan