Usah takut kena reject – by Ikram-al-Banjari

​Apa barang ? Usah takut kena reject.
Rejection atau penolakan adalah biasa dalam urusan bisnes. Tanpa rejection, kita tidak  belajar apa-apa. Malah, kita akan terus merasa selesa.

.

.

Takut kepada rejection pelanggan adalah mimpi ngeri buat orang baru. Sedangkan mereka tahu, penolakan adalah sesuatu yang biasa.

.

.

Pak Tua berpesan, kalau kena reject, jangan buat muka. Sebaliknya tanya kepada pelanggan, mengapa dia menolak? Janganlah pening sangat. Terima saja apa alasan mereka.

.

.

” Maaf, saya belum perlu set penapis air awak sekarang, yang di rumah itu pun masih baik lagi”.
” Saya tak free lah sekarang, saya sibuk dengan tugasan baru. Nanti lah kita jumpa “.
” Mee bandung ni dah sedap, cuma kurang sayur dan udang saja”.
” Mahal sangat kain awak jual ni, orang lain jual murah je “.

.

.

Kita perlu tahu alasan penolakan mereka, dari situ kita perbaiki dan tambah baik, supaya tawaran kali kedua terus memenuhi kehendak pelanggan.

.

.

Paling penting, beri tawaran kepada pelanggan yang betul-betul mahu.
Bagaimana? Kenali pelanggan kita, buat kajian sendiri dan cuba berkali-kali.
Teringat pepatah Banjar berbunyi, “Never give up! Move on!”.
Ikram Al Banjari

Saudagar Jalanan.

Iklan