Lelaki dan air matanya…

TAHUKAH ENGKAU, LELAKI SEBENARNYA JAUH LEBIH SERING MENANGIS?
Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa kamu tidak dapat melihat selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi ketua dalam mendirikan rumah tangga.
Menjadi pemegang amanah bagi Ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.
Maka, tangisannya pun tidak pernah nampak di matanya.
Tangisan lelaki adalah pada peluhnya bercucuran demi menafkahi keluarganya.
Tidakkah dapat kau lihat tangisannya pada keluh kesah di lisannya?
Lelaki “menangis” dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan. Tidak dapat kau dengar tangisannya pada leteran-leteran di bibirnya.
Lelaki menangis dalam tegak dan teguhnya untuk melindungi keluarganya dari terik matahari, hujan lebat serta sejuknya angin malam.
Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri dan keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan peritnya di dalam kegelapan malam hari. Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki. Lelaki menangis demi menjaga serta melindungi orang tua, anak dan isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya demi menjaga agamanya.
Namun … Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya ketika bersendirian, menyedari tanggung jawabnya yang besar di hadapan Allah.
Tidak nampak tangisannya pada peristiwa yang kecil dan remeh temeh..

Iklan