WAnita yang menyakitkan kepala

Wanita yang menyakitkan kepala

Satu hari saya ditemu ramah secara langsung di radio,
isunya tentang akal dan rupa, yang mana pilihan hati?
Spontan saya menjawab rupa. Deejay yang mengajukan soalan
terkejut lalu memprovokasi dengan ‘soalan maut’. “Mengapa Dr.?
Bukankah kecantikan itu tidak kekal sedang kebijaksanaan penentu
kejayaan?”

Kata saya, “bagaimana anda mengukur sesuatu kecantikan itu?
Apakah hidung yang mancung, muka yang bujur, rambut yang mengerbang,
kulit yang putih?

Kalau begitu mengapa ada orang berkahwin dengan orang yang berhidung pesek, muka empat segi, rambut yang berketak-ketak serta kulitnya hitam, dan dia menganggap itulah yang dikatakan cantik?

“Bukankah ini membuktikan cantik itu subjektif,
lain orang lainlah cara penilaiannya, malah cantik pada pandangan
ALLAH adalah iman yang berada di dalam tubuh, bukannya wajah yang
memukau.” “Jadi apa alasannya untuk memilih rupa?” “Kalau orang baik
selalunya terpapar oleh wajahnya yang bersih. Kalau baik di dalam
biasanya terpancar di luar. Itu bermakna kita kena jaga rupa
baik-baik supaya apabila orang melihat wajah kita orang boleh
gambarkan hati kita.”

“Oh, begitu pula.” “ Wanita bukan tak cantik . Semua wanita adalah
cantik. Kalau serabut dan serabai manalah datangnya cantik tu,
tapi cuba rawat sikit-sikit wajah, kenakan mekap yang sesuai pasti
nampak ayu. Wanita yang solehah selalu terpancar pada wajahnya yang
anggun.”

Tapi wanita yang bodoh tidakkah menyusahkan hidup Dr.?”
“Kalau terlebih pandai lebih susah lagi. Bayangkan kelulusannya lebih
tinggi, gajinya lebih besar, kedudukannya juga begitu. Wanita yang
kurang pintar selalunya mahu diajar, mahu mengikut, menerima apabila
ditegur.” “Hmmm, boleh Dr. jelaskan lagi?”

Lalu saya lanjutkan lagi bahawa sebenarnya rupa dan akal selalu
disinonimkan bersama. Andainya seseorang lelaki itu ada rupa dia
selalunya disinonimkan sebagai berakal juga sebagaimana yang selalu
dipaparkan dalam fi lem. Bukankah seorang hero pastinya dia
juga adalah seorang yang kuat, pintar, berkarisma dan lain-lain?
Sedangkan wanita tidak begitu.

Wanita cantik disinonimkan berbeza, selalunya sebagai pisau cukur, ibu tiri, kejam, queen control, ikut perasaan, tidak terlalu bijak, gopoh dan sering tertipu cinta.

Dalam filem wanita begini selalu digambarkan mengalami kehidupan
yang dramatik. Ada-ada saja masalah dalam hidupnya, kadang-kadang
jadi rebutan lelaki, kadang-kadang menjual diri, kadang-kadang
bersikap buruk untuk harta dan macam- macam lagi.

Sebab itulah,

kita tidak mahu cantik, semata-mata cantik menurut penilaian mata, tapi kita mahukan yang cantik jauh menelusuri  keseluruhan dirinya menurut pandangan jiwa.

Dari Usamah bin Zaid RA bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan
lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain
daripada fi tnah yang berpunca daripada kaum wanita.”
“Jadi, mengapa Dr. memilih wanita yang begitu?”“Macam saya kata tadilah, cantik soal subjektif.

Anda mungkin melihat seseorang wanita sebagai cantik,
mungkin tidak pada saya. Pada saya itu biasa saja sedang anda sudah
tidak boleh tidur terlalu teringatingatkannya. Saya menilai cantik
itu oleh kecantikan yang terpamer di luar lantaran cantiknya ada di
dalam. Ini bermakna mungkin ia bertentangan sama sekali dengan ukuran
cantik yang anda faham.”

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sebaik- baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila
dia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan dia
tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada
dirinya dan hartanya.”

Wanita begini pastinya cantik di dalam, maka cantiklah di luar
kerana yang lelaki sejati mahu ialah wanita yang menyenangkan
mata melihat dan tak menyakitkan kepala dan ragamnya tak meluat.

*petikan dari karangkraf

Iklan