resepi ku :) Ayam Goreng Oats

kalau rasa nak makan ayam,mesti cari KFC kan ? 🙂 kalau kuping ayam KFC tu tepung, kalau resepi kita pulak,. kita guna je quaker oat 😉

kalau yang baru nak cuba tu beli je quaker oat yang kecil harga dalam RM7.50 je..

sediakan bahan2nya terlebih dahulu

Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang – potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit garam
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur  – dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar.
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu…..
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.

 

Iklan

One thought on “resepi ku :) Ayam Goreng Oats

Komentar ditutup.