kuiz ini untuk mengetahui sama ada cinta kamu benar-benar milik si dia atau tidak.

Alangkah terujanya saat cinta kian berputik. Mana tidaknya,saban hari kamu mendambakan cinta dan kasih sayangnya. Tatkala cinta itu menjadi milik kamu sepenuhnya,kebahagiaan pasti terpancar. Jom ikuti kuiz ini untuk mengetahui sama ada cinta kamu benar-benar milik si dia atau tidak.
 
Tips:Pilih satu perkara yang dirasakan penting dalam hidup kamu.
 
a)Ibu bapa yang sentiasa menyayangi kamu.
b)Kekasih hati yang sentiasa di samping kamu.
c)Sahabat karib yang sanggup hidup susah senang bersama kamu.
d)Kucing peliharaan yang kamu bela sejak kecil lagi.
e)Bantal busuk yang sentiasa menemani kamu.
 
Jawapan:
 
Jawapan A
Hatimu sepenuhnya milik si dia
Tahniah! Akhirnya si dia menerima kamu sebagai kekasih hatinya. Alangkah bertuahnya kamu kerana menjadi sebahagian daripada hidupnya. Kamu harus ingat, jangan sesekali kamu mensia-siakannya. Si dia seorang yang berhati lembut, penyayang, mengambil berat dan paling utama menghormati serta menyayangi ibu bapanya. Si dia boleh dikategorikan sebagai anak yang bertanggungjawab. Sekiranya si dia memang jodoh kamu, tidak perlu risau kerana si dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
 
Jawapan B:
Si dia menerima kamu tetapi tidak sepenuh hati
Bagi yang memilih jawapan ini, jangan terlalu bimbang kerana si dia memang menyayangi kamu sebagai kekasih hatinya.Namun ada kalanya si dia masih was-was dengan cinta kamu terhadap dirinya.Kenangan lalu membuatkan si dia agak sukar mempercayai kaum hawa.Hatinya pernah dilukai dan disakiti oleh kaum hawa, maka si dia khuatir sekiranya kamu juga sebegitu. Nyatakan kepadanya yang kamu mencintainya sepenuh jiwa dan ikhlas menerima dirinya. Mungkin dengan kenyataan kamu itu sedikit sebanyak akan melegakan hatinya dan lama-kelamaan si dia akan menerima kamu sebagai kekasihnya.
 
Jawapan C:
Si dia mencintai kamu,namun ada penghalangnya
Kamu tentu bersedih hati bila ada halangan di antara kamu dan si dia, bukan? Halangan di sini bermakna si dia masih mengingati bekas kekasihnya. Bukan mudah untuk si dia melupakan cinta pertamanya kerana baginya hubungan tersebut sesuatu yang unik dan sukar untuk dicari ganti. Jika adapun tidak sama seperti kenangan lalu. Bagi membenihkan rasa cinta itu, si dia memerlukan seseorang untuk mengubati luka di hatinya.Oleh itu kamu perlu bertindak dan memainkan peranan tersebut. Jangan sesekali kamu memburuk-burukkan bekas kekasihnya dan seboleh-bolehnya kamu cuba berikan kekuatan untuk si dia melalui hari-hari yang mendatang.Mungkin layanan kamu itu berjaya menambat hatinya.
 
Jawapan D:
Hatinya masih belum menerima kamu
Jangan dipaksa jika si dia tidak mahu.Bersabarlah wahai si gadis. Memikat hati jejaka itu bukannya mudah. Mereka memerlukan masa untuk menilai kamu sebelum menjadikan kamu sebahagian daripada hidupnya. Baginya kamu masih dianggap teman biasa dan mereka masih cuba mencari keserasian bersama.Tika ini kamu harus menunjukkan kesungguhan terhadap dirinya. Jangan sesekali kamu berputus asa. Kamu perlu tahu lelaki akan menjadi lembut hati saat melihat buah hatinya memiliki ciri-ciri keibuan.Jadilah diri kamu yang sebenarnya!
 
Jawapan E:
Cinta kamu bukan miliknya
Kamu harus akur dengan peraturan cinta. Cinta tidak akan wujud sekiranya salah seorang daripada kamu hanya bertepuk sebelah tangan. Walaupun kamu cuba meraih cintanya dan si dia semakin jauh dengan kamu, ini bermakna cinta kamu bukan untuk dirinya.Si dia hanyalah persinggahan sementara buat kamu. Jangan kamu bersedih hati, mungkin ada yang lebih
baik buat kamu. Perlu diingatkan, cinta tidak semestinya perlu dicari kerana ada ketikanya ia datang sendiri bila sudah tiba masanya nanti. Percaya atau tidak, kamu akan melihat kebenarannya. Tika cinta itu datang kepada kamu, kamulah orang yang paling bahagia kerana cinta itu milik kamu sepenuhnya. Apa yang penting bersabar!
 
Iklan