Jangan Sakiti Aku Lagi SEBAGAI Sahabatmu

Menyakiti hati orang lain memang menyeronokkan

.Rasa diri puas tatkala melihat teman mula menangis dan marah.

Waktu itu mulalah kamu mencari setiap inci kesalahannya sehingga menimbulkan perbalahan besar

.Apakah makna semua itu?Sedangkan kamu dan teman saliing mengenali serta bekerjasama di antara satu sama lain.

Sebagai seorang rakan,kamu perlu tahu batas- batas pergaulan.

Jangan main redah saja!.

 

Kenapa kau iri hati dengan aku?

Kenapa perasaan hasad dengki itu perlu ada dalam diri kamu?

Tahukah kamu, apabila wujudnya perasaan ini maka kamu tidak akan pernah berpuas hati dengan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kamu?

Belajarlah untuk tidak menyakiti hati orang lain demi keamanan di dalam sesebuah persahabatan.

Jom kenali sifat-sifat orang yang suka menyakiti hati orang lain.

Iri Hati

Susahlah macam ni! Semua benda tak kena dengan kamu dan ada sahaja benda yang membuatkan kamu tidak berpuas hati. Kenapa perlu menjadi individu seperti itu? Cuba tanya diri sendiri, adakah kamu terlalu baik sehinggakan tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini? Jika kamu boleh menjawabnya, kamu akan tahu di mana kelemahan kamu. Jangan wujudkan perasaan itu,bahananya akan menimpa diri kamu. Sepatutnya kamu bangga dan gembira dengan apa yang orang lain miliki. Jangan mudah iri hati dengan setiap kejayaan orang lain.

Hati Busuk

Arghh! Busuknya hati kamu,daripada hati aku, sebaliknya hati kamu itu lebih busuk daripada najis sebenar. Betapa kotornya hati kamu. Setiap perlakuan kamu itu banyak mengundang kesengsaraan di dalam kehidupan orang lain. Kalau boleh kamu sahaja yang nak menang bahkan kamu tidak mahu orang lain melebihi daripada kamu.Kamu seboleh-bolehnya menjatuhkan reputasi orang lain demi kepentingan diri.Aduh! Bermuhasabahlah diri sebaiknya. Semoga pintu hati kamu akan terbuka.

Memburuk-burukkan Orang Lain

Hurm! Ini satu lagi hal. Kamu sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan orang di sekeliling kamuKalau boleh semua cerita orang kamu nak jaja kepada orang lain. Apakah perasaan kamu saat melakukan semua itu? Kamu memang suka mengaibkan orang atau kamu memang suka orang lain membenci kamu? Awas,saat kamu memburuk-burukkan orang lain di hadapan orang yang mendengarnya, perkara itu juga bakal menimpa diri kamu suatu hari nanti. Mungkin hari ini hari kamu, esok lusa kita tidak tahu. Setiap perlakuan akan dibalas dengan apa yang kamu lakukan.

Ego & Membanggakan Diri

Tolonglah jangan terlalu membanggakan diri kamu sebab orang yang bersifat ego tidak akan ke mana hidupnya. Kamu ingat dengan cara ini orang akan suka? Tidak sama sekali, malah orang akan membenci kamu. Meskipun niat kamu hanya ingin bersuka-suka, namun kamu harus fikir perasaan orang yang berada di sekeliling.Apa yang kamu dapat dengan cara ini? Adakah kamu ingin menonjolkan diri dan mahu orang tahu yang kamu lebih bagus daripada mereka? Kamu pernah tak terfikir orang lain akan mencaci cara kamu itu? Oleh itu belajarlah untuk mengubah diri.

Berpura-pura

Depan bukan main baik lagi, belakang teman kamu mula membuat ketupat dan mengatakan macam-macam. Apa salah teman kamu sebenarnya? Sekiranya kamu tidak berpuas hati, berdepanlah dengannya. Sampai bila harus berpura-pura menyukainya? Cara ini membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan sakit hati, menyampah malah nak tengok muka teman pun kamu tak lalu. Cara terbaik ialah membersihkan hati daripada kekeruhan yang ada dan buanglah ia jauh-jauh daripada hidup kamu. Jangan kamu simpan dalam hati kerana ia akan menjadi barah.

Iklan