Britney Umum Pertunangan Bersama Jason Trawick

Britney Umum Pertunangan Bersama Jason Trawick

 

Penyanyi pop sensasi, Britney Spears akhirnya mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Jason Trawick setelah berbulan-bulan spekulasi dibuat oleh media di barat. Seperti khabar angin sebelum ini, pertunangan dibuat sebaik sahaja Britney mengakhiri konsert jelajahnya, Femme Fatale Tour dan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Jason yang ke-40 baru-baru ini. Britney yang berkongsi khabar gembira itu bersama peminatnya melalui laman Twitter mengakui sangat bahagia bersama Jason dan tali petunangan ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka. Jason yang juga bekas pengurusnya telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian tiga karat yang ditempah khas daripada pembuat barang kemas terkenal, Neil Lane Jewellery.

Iklan