SNSD KOREA

SNSD Permata BerhargaKorea

 

 

 

 

Karier SNSD dilihat semakin men-jadi² dari setahun ke setahun sehingga
diiktiraf sebagai girl grup paling berpengaruh dalam sejarah industri muzik
Kpop.

 

 

Konsisten

Tak dinafi kan,
memang ada kebenarannya. Kalau tengok balik sejarah penubuhannya, cara SNSD
meraih populariti berbeza dengan mana² artis Kpop yang ada di pasaran. Ia tak
mendadak naik sebaliknya berjalan dengan perlahan. Namun, ia konsisten &
menunjukkan peningkatan berganda dari setahun ke setahun. Kelebihan tersebut
dipercayai berpunca daripada rakaman² yang dihasilkan. Rata²nya diterima baik
& mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat² Kpop. Ia jelas
terbukti menerusi jumlah jualan yang diraih. Majoritinya melebihi angka 100
ribu unit.

Berjaya

Lewat akhir² ni, SNSD sering di-laung²kan sebagai girls grup yang berjaya di
pasaran. Selain menjual setiap rakamannya dalam unit yang banyak, dorang juga
berjaya meraih gelaran “Artist of the Year” selama dua tahun ber-turut². Hal
tersebut menyebabkan ramai di kalangan peminat² Kpop meletakkan kepercayaan
yang tinggi terhadap kredibilitinya. Malah, ia juga menjadi tarikan kepada
peminat² muzik antarabangsa untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang menyebabkan
SNSD ditatang tinggi dalam industri.

Efektif

Bermula dari tahun 2009 hinggalah ke hari ni, SNSD adalah artis yang paling
dikehendaki oleh pengeluar produk. Dorang sering dilantik menjadi duta pada
pelbagai produk popular yang terdiri daripada makanan, barangan elektronik,
kosmetik, pakaian & kad kredit. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh
sebuah institut penyelidikan di Korea,
SNSD adalah grup yang efektif dalam memasarkan jenama produk. Dorang mampu
mempengaruhi pasaran melalui nama & kredibilitinya yang tinggi.

Sensasi

Seorang kolumnis UK dari majalah Financial Times, Tyler Brule, menjelaskan,
SNSD adalah antara 10 permata Korea yang harus dijaga. Ia menjana pendapatan
tinggi di samping memperkenalkan negara tersebut ke mata dunia menerusi sensasi
Kpop yang

dibawakan. “Cakap fasal Kpop, ia berbaloi menghabiskan masa melayan YouTube
untuk menyaksikan sekumpulan wanita berkaki cantik menyanyikan lagu bertajuk
“Run Devil Run”,” jelas Tyler dalam tulisannya yang bertajuk “The Secrets of My
Brilliant Korea”

Iklan