BFFVSBF siapa lebih penting?

BFF Vs BF, Siapa Lebih Penting?

Salah satu perkara yang perlu dititik-beratkan dalam perhubungan adalah mencari cara untuk seimbangkan antara ‘Si Pencuri Hati’ dan kengkawan boyz. Sering kali soal persahabatan dengan kengkawan boyz menjadi isu panas untuk dibangkitkan oleh BF.

Jika tiada keseimbangan, situasi boleh jadi bergelora sehingga mengakibatkan kehancuran dalam perhubungan cinta dan juga persahabatan.

Jika you all terlalu kerap memilih untuk meninggalkan BF demi kengkawan boyz, you all akan menjadi single sebelum you all sendiri mengetahuinya.

Namun jika sebaliknya, you all memilih untuk bersama BF berbanding kengkawan boyz, makanya you all pula akan kehilangan kengkawan yang dahulunya sentiasa menceriakan hari-hari you all.

Adusshhhh!!! Macam mana nie? Taksangguplah nak hilang BFF dan BF, sebab kedua-duanya penting dan kita sayang! Btw, jangan susah hati kerana saya! tahu caranya…>

Rahsianya adalah belajar untuk seimbangkan respect dan waktu bersama kengkawan boyz dan your special BF!

1.Set timeKengkawan

boyz sering kali menghubungi you all saat mereka ingin hang out. Sementara BF pula sentiasa menganggap hujung minggu adalah waktu bersama. Masalahnya, kedua-duanya menganggap you all selalu ada masauntuk mereka.Jangan pening-pening ok! You all harus bijak merancang waktu untuk kengkawan boyz dan BF. Nampak seperti agak sukar tetapi dengan susunan jadual yang teratur boleh membantu you all membahagikan masa tanpa menyakiti hati sesiapa pun tau.

2.Hargai waktu

istimewaSangat penting untuk you all mengingati beberapa tarikh penting dalam kamus hidup seperti new year with BF; walaupun kengkawan boyz lain telah merancang aktiviti lain. Begitu juga BF, perlu ada give and take dalam perhubungan dan tidak menghalang apabila you all merancang untuk mengikuti perkelahan bersama beberapa kengkawan boyz lain tanpa sebarang alasan sekali pun. Ketahuilah bahawa ada masa-masa tertentu yang khusus dan you all perlu bijak menyeimbangkan waktu tersebut.

3.Berdua lebih baik

Salah satu cara untuk menyeimbangkan antara kengkawan boyz dan BF adalah set time untuk ‘outing’ dengan keduanya. Contohnya, cubalah ajak BF turut serta ketika you all merancang menonton wayang bersama kengkawan boyz yang lain.

Lagipun ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara BF dan kengkawan boyz. Confirm selepas ini, tiada lagi bergaduh bertikam lidah sesama sendiri kerana rasa cemburu buta.

Iklan