Rahsia bAhasa TubuH LelaKi

 

Rahsia bahasa
tubuh
lelaki

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. kamu pasti boleh menambat hati si dia jika
tahu menilai setiap pergerakannya. Benarlah lelaki tidak gemar mengungkaapkan
perasaan melalui kata-kata. justeru perbuatan dan tingkah lakunya lebih makna
dan mampu menyampaikan apa yang dirasai pada gadis yang di puja. Agaknya apa
bahasa tubuh pakwe anda?

1. Menganggukkan kepala

Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala
itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati
kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.

Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. dia
adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya.
tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan. AWAS!

 

3.Merenung

Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari
individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya ‘ditawarkan` dengan
cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4.
Mengerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang
sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk
membuktikan kesucian cinta. olth itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah
bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan
baik hati.

5. Suka berdiri

Apabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan
yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain
untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata

ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa
memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat
atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak

Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu
bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia
amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8.Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka
mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa
berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.

Iklan