Bila jangan,…………

Bila Period, Jangan…

Berenang tak boleh! Diet pun tak boleh! Sampaikan nak berolahraga pun dilarang! Apa kes nie?Alahai… betul ke ketika period nie banyak perkara yang tak boleh dibuat? Memang tak boleh, atau pantang larang? Serabut betul! Sebenarnya period atau menstruasi bukanlah halangan untuk you all teruskan dengan aktiviti yang telah direncanakan. Bezanya, cuma mungkin you all kurang bersemangat kerana hormon progresteron akan membuat tubuh menjadi mudah letih. Jadi, tidak perlu ragu untuk melakukan aktiviti kesukaan walaupun pada ketika period.

Main Air

Confirm jika you all meminta kebenaran untuk melakukan aktiviti mandi sungai atau swimming pool pasti dilarang oleh ibu mahupun nenek. Alasannya, you all akan membuat air kolam menjadi keruh dan bertukar warna! Hahahha… Padahal secara teori, pembuluh darah yang terbuka dapat dikecilkan dengan adanya tekanan air. Ini bermakna tidak mungkin darah membanjiri kolam renang. Jadi, tiada alasan lagi untuk you all tidak boleh berenang walaupun pada ketika datang period. Cuma dinasihatkan jangan berendam terlalu lama kerana belum tentu kolam renang bebas daripada kuman. Kuman ini boleh bersarang di tuala wanita dan menyebabkan infeksi.

Teruskan diet

Mentang-mentang badan lemah dan selera makan bertambah, you all makan apa yang disukai tanpa berfikiran panjang. Confirmlah makanan yang manis dan bergoreng menjadi pilihan, yang penting perut terisi. Tetapi harus diingat, ketika period, kita akan berasa sakit sekitar bahagian perut sehingga menyebabkan malas berjalan dan jika you all terus-terusan melayan selera makan ini, bimbang pula berat badan akan bertambah naik! Pola pemakanan tidak perlu berubah pada hari-hari biasa mahupun ketika period. Tetapi pada saat itu you all memerlukan zat yang lebih untuk mencegah anemia. Kurangi garam serta banyakkan memakan buah, sayuran dan gandum untuk keseimbangan hormon dalam tubuh.

Tetap berolahraga

Period bukan alasan yang wajib digunakan untuk melarikan diri daripada melakukan olahraga. Malahan, aktiviti sebegini adalah aktiviti wajib dilakukan ketika period. Syaratnya, pilihlah aktiviti yang ringan seperti yoga atau jogging. Jangan memilih aktiviti yang berat kerana selama period, banyak pembuluh darah yang terbuka sehingga aktiviti berat boleh menjadi punca mengalami pendarahan. Walaupun you all memilih untuk melakukan aktiviti yoga, pilihlah gerakkan yang mudah dan jangan lakukan gerakan hand stand kerana akan menyebabkan pendarahan.

MITOS!

Jangan percaya jika ketika period you all dilarang untuk bersyampu, minum minuman berkarbonat atau berurut.

Iklan