Hiburan KoreA-RetRo seCret

SECRET goes retro with “Shy Boy” on ‘Music Core’

Kemunculan kembali Secret pada kali ni benar² memberi impak kerana apa yang dihasilkan berjaya membuka mata peminat² Kpop.

Habis dijual

Secret kembali lagi menyambung popularitinya menerusi rakaman baru bertajuk “Shy Boy”. Album single tersebut yang dikeluarkan pada bulan lalu, berjaya meraih sambutan yang menggalakkan sehingga ia habis dijual.

Menurut jurucakap label yang menaungi Secret, pihaknya telah bekerja ber-mati²an sepanjang malam demi memenuhi permintaan yang tak diduga untuk album tersebut.

“Jualan yang diraih melebihi apa yang  jangkakan.Ia merupakan sesuatu yang memalukan kerana  gagal menyediakan jumlah yang mencukupi di kedai muzik,” tambah jurucakap tersebut.
“Shy Boy” berbeza dengan rakaman² terdahulu Secret.

Ia tampil dengan konsep & bentuk muzik retro gaya Amerika era 60-an.

Ia juga berbeza dengan konsep asalnya yang cenderung membawakan lagu² berentak pop, hip hop & R&B.

TERTEKAN

“Kitorang ingat konsep baru ni sesuatu yang keras @ balada tapi ia adalah sebaliknya. Kitorang tertekan sebenarnya bila terima konsep baru ni,” jelas Zinger. “Kitorang takde masalah memberikan persembahan yang bertenaga sebelum ni tapi untuk “Shy Boy”, ia agak rumit kerana konsepnya memerlukan kitorang semua beraksi comel,” tambahnya

Iklan