Mengapa perempuan suka dieksploitasi???

ah Well,untuk Ziera memang suka fotografi,modelling,..masa kecil2 dulu pernah jgak bercita2 nak jadi model,..dan mesti capaikan impian ni untuk jadi model,..then masa tu selalu sangat ibu belikan baju yang cantik2,macam2 fesyen dalam buku katalog kanak2,..tapi bila dah besar ni tiba je impian nak jadi model ni dah lari tak tau kemana hahah!!,..maklumlahkan minat budak2 selalu berubah-ubah,..tapi bila difikirkan tentang minat yang dahulu hari ni ziera cuba search tentang ‘perempuan dieksploitasi”,… tenyata perempuan mengejar kemewahan dengan cara mengeksploitasikan diri meraka,..nak tau bagaimana?…

*gambar sekadar hiasan tak de kena mengena dengan sapa2 ok?

Sekali melangkah dalam dunia pengiklanan, kalau kite tengok rata-rata perempuan/wanita dieksploitasi dalam apa juga bentuk iklan yang ditonjolkan tapi pada hari ni pengguna internet semakin ramai dan kebanyakan mereka  suka tonjonlkan badan seksi’ mereka di tempat cari kawan,..lebih2 lagi myspace @pun facebOok,..tujuan mereka upload’ gambar sexy ialah untuk memancing ramai kenalan dan kebanyakannya ialah perempuan melayu,..

*gambar sekadar hiasan tak de kena mengena dengan sapa2 ok?

tak kurang juga maknyah!! dan itu pun dipanggil ‘mengeksploitasi diri sendirikan’..What should we call him?? budak tiada maruah???..tapi dikalangan blogger juga ramai yang menyebar gambar2 mereka di blog tak kira samaada suka2 @ gila2 ,…tapi bila dikomen mereka akan menjawab ”ya,fotografi adalah minat saya,..dan saya posing sakan ikut gaya sekarang”,.. ”ya, ya,..saya emo,..ya,ya ,…saya gothic!!”,.. dan yang gila2 pula sampai bergambar bermandikan sirap,..dan mengatakan,.. ”saya gothic dan saya juga pontianak yang suka bermain perasaan dengan puisi,..minuman kegemaran saya juga darah(sirap),…. should we call you blogger bodoh now cayang???

Melihat kepada situasi ini, Ziera lihat timbul  keadaan iaitu negatif . Kalau kita lihat iklan-iklan seperti memaparkan wanita tidak menutup aurat apatah lagi iklan-iklan yang banyak menyelitkan unsur seks (terutma iklan-iklan minyak wangi). Juga iklan-iklan pakaian dalam yang rasanya tak perlulah mengiklankan sekali si pemakainya. Iklan-iklan ubat ramping, bengkung atau sebagainya adalah beberapa iklan yang mempunyai unsur-unsur negatif.

*gambar sekadar hiasan tak de kena mengena dengan sapa2 ok?

Mungkin dikalangan mereka-mereka yang berkecimpung dengan dunia pengiklanan ianya biasa atau tak perlu dihiraukan. Tapi bagi golongan grassroot merasakan ianya boleh dielakkan dan boleh sebenarnya. Ini adalah realiti yang berlaku, tidak jauh ianya banyak boleh kita lihat, ianya di Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan.
Namun dalam hal ini, tidak kira dalam keadaan negatif atau positif, sekadar membawa hal ini kepada antum semua. Benarkah wanita suka dieksploitasi?yang perempuan nih sama ade mengeksploitasikan diri(tunjuk diri) atau dieksploitasikan…dua2 same jek menjatuhkan maruah..tp tgk jugak persembahan yg bagaimana mereke cube tonjolkan…pandailah kita hitung sendiri in Islamic circle…

dan yang terlibat dalam bidang permodelan tentulah nak diri mereka dieksplotasikan..tapi syarikat-syarikat yang mengeluarkan iklan juga mengeksploitasikan wanita sebagai model2 iklan deorang..sebab realitinya hari ini barang2 yang bermodelkan lelaki sah2 tak laku kecuali lah iklan minyak rambut untuk lelaki, Ziera pun tak tau ape namenya tu,kalau ade model lelaki pun, mesti ade model perempuan jugak yang jadi heroinnye..tapi ape2 pun golongan wanita ini memang sangat kuat daya tarikannya dan rasenye tak perlulah Ziera nak citekan dengan panjang lebar sebab semuanya dah sedia maklum..:)

*gambar sekadar hiasan tak de kena mengena dengan sapa2 ok?

dieksploitasi & mengeksploitasi diri? 2 kalimah yg tidak saigia ada dlm diri muslimah mu’minah. tetapi saya akui, hari ini mmg ramai wanita (umum) yg tega atau membenarkan diri mereka dieksploitasi (jgn marah ya, ini hakikat). Persoalannya: benarkah wujud pengkategorian 2 kalimah (dieksploitasi & mengeksploitasi diri) ini kpd positif & negatif? adakah pengeksploitasian (wanita) spt yg terdapat dlm gambardianggap sebagai satu pengeskploitasian yg positif atau dgn kata lain bercirikan islamic? Ziera tinggalkan persoalan ini utk kita bahaskan bersama.

Firman Allah swt: “Katakanlah kpd wanita2 yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir (dibolehkan) daripadanya. dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami2 mereka… (sehingga akhir ayat) “. Surah An-Nur: 30.

dlm ayat ini Allah swt dgn jelas memberi peringatan dan garis panduan buat muslimah mu’minah agar mereka memelihara maruah dan harga diri mereka. di akhir ayat ini juga Allah swt menyeru kita supaya bertaubat kepadaNya agar akhirnya kita dikalangan hamba2Nya yg berjaya.

Iklan

3 thoughts on “Mengapa perempuan suka dieksploitasi???

  1. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”

Komentar ditutup.