News Yang Masih Seperti Dahulu ;)

News Masih Seperti Dahulu

NEWS masih juga seperti dahulu. Namanya tetap menjadi pujaan ramai. Bezanya, kini dorang lebih matang & nampak bergaya.

Dewasa
Ya, NEWS masih sama seperti dahulu. Bezanya cuma pada usia ahli²nya je. Kredibilitinya tetap seperti dahulu. Disegani & dihormati ramai. Begitu juga dengan popularitinya. Ahli²nya tetap menjadi idola sepanjang zaman pelbagai golongan. Menurut sumber, NEWS beruntung kerana kariernya bertahan disebabkan oleh sokongan peminat²nya yang tak pernah berbelah bahagi. Majoritinya adalah golongan dewasa yang berkemampuan & mempunyai ekonomi yang stabil, berbeza dengan kebanyakan peminat² boy band lain yang rata²nya terdiri daripada golongan remaja wanita.

Konsisten
Sepanjang kariernya, NEWS baru berjaya menghasilkan 13 buah single & empat buah album. Walaupun jumlah rakamannya tu tak banyak, namun jumlah jualan yang diperolehnya cukup menakjubkan. Ia melebihi ratusan ribu unit sehingga setiap satunya diiktiraf dengan anugerah platinum. Malah, jumlahnya juga konsisten. Ia berada sekitar anggaran 220 hingga 250 ribu unit. Walaupun sekadar mengambil kira faktor jualan je, namun ia jelas menunjukkan NEWS berpengaruh & diminati ramai. Kalau tak masakan dorang mampu meraih jualan album sebegitu banyak?

Sibuk
NEWS tak seperti kebanyakan boy band lain. Dorang jarang sekali muncul dengan sesuatu yang baru. Tapi, popularitinya tetap berterusan. Menurut sumber, NEWS jarang muncul kerana ahli²nya sibuk dengan aktiviti solo yang melibatkan pelbagai aktiviti seni. Dorang hanya muncul sekiranya ada single, album @ konsert yang nak dipromosikan. Selain tu, sukar untuk melihat ke-enam² ahlinya duduk bersama & berkumpul dalam satu acara. “Dorang pernah berehat panjang suatu ketika dahulu kerana ahli²nya terlalu sibuk dengan karier masing,” tambah sumber.

Baru
Lebih kurang dua tahun merehatkan diri, NEWS kembali lagi dengan album baru bertajuk “Live”. Album tersebut yang memuatkan 13 buah lagu, walau bagaimanapun tak menjanjikan sebarang perbezaan. Lagu²nya sama juga seperti dahulu. Ia masih lagi cenderung ke arah pop yang berteraskan komersial. Bezanya, pada cara & penyampaiannya je. Ia dilihat lebih matang & mengesankan. Dianggarkan, lebih daripada 200 ribu unit akan dijual sekiranya lebih banyak single berjaya dihasilkan dalam album keempatnya ni.

Iklan