Memilih Sahabat Yang Tepat

Perlu perhatian extra ketika membeli sepasang “sahabat”

yang berfungsi melindungi organ intim kita. Biar pun tidak

dilihat oleh orang lain, pemakaian bra dan panties yang

senada (satu warna + satu motif) akan membuat you all

terasa nyaman dan berasa lebih cantik, tetapi sayanglah jika tersalah ukurannya!

1. Berapa ukurannya?

Bra : Umumnya ukuran bra yang sedia ada adalah 32, 34, 36

dan selebihnya. Ukuran nie merupakan lingkar bawah payudara

dalam inci. Sementara untuk cup tersedia dalam ukuran A, B,

C dan seterusnya. Ukuran cup yang baik jika payudara tidak terasa sesak tapi juga tidak terlalu longgar.

Panties : S, M, L dan sebagainya tersedia di kedai, yang tinggal hanya

memilih mengikut ukuran pinggang dan punggung.

2. Cuba jer dulu…
Ukuran dan bentuk tubuh yang bertambah atau berkurangan

mempengaruhi keselesaan pakaian dalam. Ini bermakna you all

mesti mencubanya terlebih sebelum membeli.

Bra : Jika rasa malas untuk membuka baju ketika memilih bra,

pastikan pada saat tu you all memakai baju yang cukup ketat agar

dapat melihat kedudukan bra pada payudara dan merasai keselesaannya.

Panties : Kita tidak dibenarkan untuk panties. Tidak ada masalah

kerana rata-rata sudah mengetahui size masing-masing.

3. Pilih bahan…
Untuk pemakaian hari-hari, pilih bra dan panties dari bahan cotton.

Selain menyerap peluh, bahan daripada cotton juga sesuai untuk si kulit sensitif.

Untuk penampilan lebih mewah, pilih bahan daripada satin atau lace, pakai saat pesta pada
malam hari.

4. Variasi model

Bra : Pilih strapless bra ketika ingin memakai busana dan gaun tank

top mahupun tube. Half cup bra sesuai untuk you all yang memiliki

ayudara yang kecil sementara full covered / push up bra ok-ok untuk

si payudara besar. Penting juga untuk memiliki sports bra bagi you all yang suka

berolahraga. Harus diingat, pilih bra berwarna kulit tanpa motif saat ketika memakai busana berwarna putih atau tipis.

Panties : Buat you all yang berperut ramping, pilih panties hipster sementara

bagi si perut besar atau berisi, pilihlah panties yang tinggi di pinggang untuk

mengecilkan perut. G-string atau T-strap boleh dipakai jika memilih pakaian yang berwarna

terang tetapi ketika memakai pakaian yang berwarna putih atau nipis, pilihlah panties yang berwarna kulit.

Iklan