kanser payuDarA?..

++My Body ++
Pentingnya Merawat Payudara

Aset penting setiap gurlz adalah kulit wajah, bahagian punggung dan tentu aje payudara! So, you all ingin tampil seksi dan cantik dengan payudara indah? Sebaiknya jangan malas untuk merawat payudara secara teratur. Ramai gurlz yang masih malas untuk merawat payudara secara teratur sedangkan ia juga merupakan bahagian tubuh yang dapat menambah nilai penampilan, kecantikan dan pesona seseorang. Sungguh pun begitu, you all tahu tak yang salah satu jenis kanser yang mengintai hidup gurlz adalah kanser payudara dan you all perlu mengambil tahu perkara-perkara yang boleh mengundang kanser payudara. Jangan buat tak tahu aje tau…

Did You Know?

* 1 daripada nisbah 8 orang gurlz, satu daripadanya berisiko mendapat kanser payudara.
* Seorang perokok yang pasif juga antara golongan yang berisiko besar untuk mendapat kanser payudara.
* Salah satu punca utama penyebab kanser payudara adalah makanan berlemak.
* Perempuan yang juga aktif pada waktu malam mempunyai kemungkinan 40% lebih besar untuk menghidap kanser payudara.
* Sering mengambil makanan yang bergoreng juga salah satu alasan jumlah penghidap kanser payudara di negara kita meningkat.

Faktor-faktor Penyebab Terkena Kanser?
* Jika you all pernah mengalami kanser payudara dan telah pun membuangnya, risiko terjadi kembali meningkat sebanyak 0.5 – 1 % setiap tahun.
* Jika you all dari family yang mempunyai latar belakang menghidap kanser payudara, lebih baik you all berjaga-jaga kerana you all memiliki tiga kali ganda lebih besar untuk menghidap kanser payudara juga.
* Faktor genetik.
* Pernah meenderita menghidap kanser payudara.
* Menarche (menstruasi pertama) sebelum berusia 12 tahun.
* Mengamalkan pengambilan pil-pil tanpa nasihat doktor dan sering menjalani terapi estrogen.
* Obesiti.
* Selalu mengambil minuman keras.

Iklan