Wanted A Prom Date

Wanted A Prom Date

Aduh… kenapa si dia masih belum mengajak you all menjadi date-nya pada prom nanti? Sedangkan masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Come on gurlz, make yourself visible. Boyz, take me to the prom. Jangan tergopoh-gopoh untuk mengajak favorite boyz sebagai prom date you all. Take it slow and easy, ok

1. PASTIKAN SI DIA TAHU YOU ALL WUJUD

Alasan yang sering diberi oleh boyz, kenapa tidak ajak ke prom bukan kerana dia tidak tertarik kepada you all, sebaliknya dia tidak sedar kewujudan you all. Alasan tersebut memang munasabah, lebih-lebih lagi you all tidak berada dalam kumpulannya. So menjelang prom, you all mestilah sentiasa berada di sekitar si dia. Tunjukkan padanya betapa you all boleh dibawa berbual dan amat menyenangkan. Jika sukar untuk mendekatinya, ha… jangan risau kerana ada cara lain untuk membantu. Cuba rapatkan diri dengan kengkawannya. Semoga mata si dia terpaut pada you all dan tidak ragu-ragu untuk mengajak you all keluar.

2. TOPIC OF THE DAY

Jangan lupa selitkan soal prom setiap kali you all berpeluang berborak bersama si dia. Jika si dia bertanya aktiviti you all pada hujung minggu, jawablah you all sedang membuat persiapan untuk ke prom. Mudah-mudahan si dia akan bertanyakan, you all ke prom dengan siapa dan hopefully apabila si dia tahu yang you all masih belum mempunyai date, dia akan mengajak you all sebagai partner.

3. RAPAT DENGAN SI GOSIP

Mungkin kedengaran tidak logik, tetapi mungkin cara ini juga yang membantu you all untuk mendapatkan teman prom idaman. Cari saja kengkawan you all yang suka bergosip dan boleh menyampaikan berita dengan pantas supaya cerita you all ingin sangat ke prom bersama si dia sampai ke telinganya, tetapi don’t really go into personal. Misalnya, jangan sesekali you all menyatakan, “ seandainya you all menjadi teman prom nya, you all merupakan gurlz yang paling bahagia sekali di dunia”. Menakutkan! Sebaliknya berkata biasa saja seperti, “ Best kan… jika dapat pergi ke prom dengannya kerana dia seorang yang kelakar. Jadi tidaklah boring nanti”. Kemudian you all hanya menunggu si kaki gosip menjalankan tugasnya menyebarkan berita. Semoga saat berita tersebut sampai ke telinganya, si dia bakal mengambil langkah untuk mengajak you all sebagai teman promnya.

Iklan