++Guide 4 U ++

++Guide 4 U ++
JOM KENALI WARNA PINK DALAM DIRI YOU ALL

PINK (Merah Jambu) adalah keluarga warna merah yang melalui gabungan 2 warna iaitu Merah + Putih / Rose = Putih / Magenta + Putih / Jingga + Putih. Jangan tak tahu bahawa pada abad ke 17,Pink juga pernah dirujuk untuk menghuraikan warna kehijauan atau kekuningan. Mengikut budaya Barat, pada awal tahun 1920an, warna PINK selalu dirujuk sesuai untuk budak lelaki kerana ianya
berasaskan warna merah iaitu warna yang lebih garang dan jelas sehinggalah pada sekitar tahun 1940an warna PINK digunakan untuk budak perempuan.

Adalah dipercayai masyarakat Barat merujuk warna PINK kepada budak perempuan kerana perempuan menggemari warna kemerah-merahan seperti buah yang masak ranum serta muka yang berseri-seri.

Reben PINK adalah simbol antarabangsa untuk kempen kesedaran barah payudara kerana ianya warna yang amat rapat kepada kaum hawa.

Pada satu ketika, masyarakat Barat juga menggunakan PINK sebagai warna kepada kaum lelaki yang ditangkap kerana kesalahan seks songsang (homoseksual). PINK iguana adalah spesies reptilia yang mula dijumpai pada tahun 1986 dan kini (2009) telah diisytiharkan sebagai spesies terancam.

PINK adalah warna rasmi bagi kod akademik Perancis bagi bidang berkaitan perubatan dan kesihatan. Masyarakat negara Thailand yang lahir pada hari Selasa selalunya akan mengambil PINK sebagai warna rasmi mereka kerana PINK adalah warna bagi hari Selasa mengikut kalendar Thailand.

Iklan