Keindahan lips

Keindahan bibir

Wow! Dianugerahkan bibir yang cantik sudah tentu menjadi impian setiap gadis. Apa tidaknya, dengannya mudah sahaja kamu meraih perhatian. Pun begitu, bagi yang kamu yang hanya punyai bibir biasa-biasa sahaja, kamu masih punyai cara untuk menyerlahkannya. Jadi, jom semak tip yang REMAJA tampilkan ini…

Bibir merah

1. Jika kamu mempunyai kulit yang pucat, pilih lipstik berwarna merah yang segar. Namun jika kulit kamu jenis coklat atau sawo matang, lipstik berwarna merah kecoklatan adalah pilihan yang sesuai.

2. Sebelum membeli, kamu perlu mencubanya pada bibir dan bukan pada tangan!

3. Untuk mendapatkan sapuan yang sempurna, sapukan lipstik dengan menggunakan berus khas.

4. Pilih penggaris bibir berwarna neutral atau senada dengan kulit, pemilihan yang tepat akan mengelakkan bibir kamu nampak pelik setelah lipstik mulai hilang!

5. Ketika membeli lipstik, pastikan wajah kamu dirias nipis. Dengan cara ini, kamu akan dapat memilih warna lipstik yang benar-benar sesuai dengan kulit kamu. Jangan terburu-buru untuk membeli, sebaiknya lihat sekali lagi hasil sapuan, dan pastikan kamu benarbenar berpuas hati dan yakin dengan pilihan kamu ini.

Lebih cantik

1. Tahukah kamu sapuan lipstik pada bibir yang kering akan mengakibatkan bibir kamu mengelupas. Jadi, sebelum membuat sebarang sapuan lipstik, kamu hendaklah melapisi bibir dengan sapuan lip balm terlebih dahulu.

2. Sekiranya ingin membentuk bibir yang kelihatan penuh dan cantik, sapukan lip balm di bahagian tengah bibir bawah yang telah disapu lipstik.

3. Sekiranya sapuan lipstik terkeluar dari garis bibir, elakkan daripada menyapunya dengan jari. Sebaliknya rapikan ia dengan cotton bud dan sapuan bedak padat.

4. Selain lipstik, kamu juga boleh membentuk bibir yang cantik hanya dengan pensel bibir, vaselin serta lip gloss. Caranya mudah, kamu hanya perlu melakar tepi bibir dengan pensel bibir yang kamu sukai. Kemudian lapisinya dengan sapuan vaselin atau lip gloss. Hasilnya, bibir nampak lebih cantik dan seksi.

Iklan