Idola..apa itu idola?

++Guide 4 U ++

Idola… Selalu Di Hati Remaja

Selamat kembali sumer. Bro terasa seronok nak mulakan topik kali nih. Dari awal Januari Bro dah sibuk pasal…AZAM 2009, Then bulan Februari Bro fokus bab KASIH SAYANG…Bila Mac topik FESYEN…untuk kali nih…kita sesama bukak criter fasal IDOLA… sesaper nak tumpang semangkuk nak mengelamun fasal hal idola nie silakan ler. You all boleh cuba bayangkan sesiapa agak nyer yang ada dalam kepala you all apabila Bro sebut fasal IDOLA.

Bro percaya, sumer remaja ada idola masing-masing yang menjadi rujukan you all. Maknanya you all punya banyak sebab untuk memilih IDOLA yang you all minati. Tak kira dalam apa juga bidang juga kategori…sama ada dalam bidang seni, sukan, kerjaya, moral, kehidupan, keluarga mahupun dalam bidang akademik… IDOLA tetap hadir dalam kepala sumer remaja. Bezanya you all ada sebab tersendiri memilih IDOLA you all beb!

Kenapa IDOLA? Penting ker? Idola tu apa sebenarnya ek? Kekadang kita nie pandai betul bercakap. Hebat betul bercerita. Bijak betul berceloteh. Sampai luper makna sebenarnya perkataan yang kita dok bicarakan….Mudahkan criter…ringkaskan jer. Idola nie boleh difahamkan sebagai insan yang gini gamaknyer.

• Insan yang you all anggap hebat.
• Insan yang you all “respect”.
• Insan yang you all kagum.
• Insan yang you all rasa sesuai jadi rujukan.

Iklan