Masalah kecantikan

Masalah kecantikan?

Ayuh atasinya

Serikan wajah dengan mekap yang sempurna! Riasan pada mata, pipi, bibir, dan kening hendaklah kelihatan cantik tanpa sebarang cela. Semudah 1, 2 dan 3, REMAJA ada tip untuk dikongsi bersama…. Ayuh atasinya….

Masalah
“Sapuan pemerah pipi nampak tidak sekata dan bersepah.”

Penyelesaian.

Ia mungkin disebabkan oleh berus yang kamu gunakan itu sudah lama dan rosak. Jika didapati setiap helaian bulu berus tersebut mulai gugur, kamu perlu menukarnya dengan yang baru. Paling tidak, pastikan kamu menukarnya setahun sekali.

tip!
Untuk memastikan berus kamu sentiasa bersih, basuh seminggu sekali dengan syampu bayi. Ia dapat mengelakkan wajah kamu terkena bakteria dan kotoran.

Masalah
“Mekap tahan lebih lama.”

Penyelesaian
Untuk mendapatkan riasan yang tahan lebih lama, kamu perlu membersihkan wajah dari sebarang kotoran. Sebaiknya pilih produk pembersih yang mempunyai formula mengurangkan kesan minyak pada wajah. Selepas itu, sapukan penyegar dan pelembap. Biarkan 10 minit, dan teruskan dengan sapuan mekap base pada wajah. Akhir sekali mulakan merias wajah.

Cuba: Silky White Fair & Beautiful Pembersih Muka.

Iklan

One thought on “Masalah kecantikan

Komentar ditutup.