tips tambat hati Boyfriend

Tips tambat hati BF

Tidak semua gurlz berani untuk memikat boyz terlebih dahulu, kan? Tapi, macam mana kalau you all sudah terlanjur suka kepadanya. Apa yang sebenarnya harus you all lakukan? Ini tipsnya:

1. Beri Perhatian
Seliat mana pun, yang namanya lelaki itu memang suka diberikan perhatian. Asalkan jangan terlalu berlebihan ya, gurlz! Memadai jika you all menelefonnya di malam hari dan bertanyakan apa yang patut sahaja.

2. Buat Si Dia Cemburu
Boyz suka sangat dengan persaingan. Apatah lagi dalam soal perhubungan cinta. Tipsnya, senang aje, cuba ajak dia bersaing dengan sihat. Misalnya, kalau boyz pujaan hati you all bijak dalam mata pelajaran Sains di kelas, you all boleh membuatkan si dia cemburu atau berasa disaingi dengan meraih keputusan yang lebih tinggi daripada dia. Psstt… persaingan sihat dengan cara begini, selain membuatkan si dia rasa tercabar!, dia juga akan melihat diri you all dengan positif, gurlz!

3. Melakukan Aktiviti Bersama
You all tentu tahu apa hobinya? So, sekali-sekala cuba teman si dia menjalankan hobinya. Misalnya, hobi si dia bermain bola tampar. Jadi, you all pun boleh turut serta menyertai kelab bola tampar dan bermain dengannya. Tapi, gurlz… you all mesti ingat, kalau you all memang tidak suka dengan hobinya itu tidak perlu memaksa diri. Just be yourself!

4. Kejutan Birthday
Berikan kejutan istimewa buat si dia di hari ulang tahunnya. Misalnya, jadi orang yang pertama menelefonnya untuk mengucapkan “Happy Birthday”. Atau letakkan hadiah dari you all di atas mejanya sebelum dia sampai ke kelas. Result! Jika you all sudah melakukan ke semuanya, tetapi hubungan you all dengan si dia masih ‘gitu-gitu’ aje, mungkin memang sudah tiba saatnya you all berpaling pada yang lain! Buat sakit hati you all aje jika masih menanti, senangkan si dia memang langsung tidak ada hati pada you all.

Iklan