Tips muka berseri

Miliki kulit jernih berseri!

Kulit yang cerah berseri semestinya idaman setiap wanita, namun tidak semua dirahmati dengan kulit sempurna semula jadi semenjak dilahirkan. Ada ramai antara kita yang terpaksa berhadapan dan bergelut dengan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, berkedut, berbintikbintik, kusam, tidak sekata dan sebagainya.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit kamu bermasalah, salah satunya ialah mekap pada wajah yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh membuatkan kulit nampak kusam dan tidak berseri. Walaupun secara umumnya jaringan kulit akan mengalami proses pembaik pulih secara semula jadi. Namun, jika kamu kurang menitik beratkan penjagaannya, ia secara tidak langsung akan membuatkan kemampuan kulit untuk ‘membaiki’ diri mulai menurun. Sehinggalah terbentuk tompokan sel-sel kulit mati.

Namun kini usah risau lagi, kerana semua ini sebenarnya masih boleh diatasi! Pokok pangkalnya terpulang kepada kamu sama ada untuk merawatnya atau tidak. Jika mahu, jangan bertangguh lagi dan ayuh mulakannya dari sekarang. Lagipun kini terdapat banyak produk pemutih yang di jual di pasaran dan tugasmu ialah kenal pasti yang mana satukah paling sesuai dengan kulit wajahmu.

Produk pemutih tidak berkesan?
S: “Mengapa produk pemutih yang saya cuba tidak menunjukkan sebarang kesan?”
J: Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh teknik perawatan yang kamu lakukan itu salah. Umumnya, setiap produk yang dihasilkan mempunyai fungsi
yang sama, iaitu menanggalkan dan menghilangkan sel-sel kulit mati, dan merangsang sel-sel kulit baru agar lebih cerah, berseri tanpa sebarang noda.
Kamu juga bebas membeli jenama produk yang diingini, namun sebelum memulakan perawatan, pastikan kamu membaca dan memahami aturan yang telah ditetapkan.
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, mulakan rawatan dengan pembersihan, skrub, penyegar, krim malam, krim siang dan sun block.

Semak sebelum beli.
Penting untuk kamu jadikannya sebagai keutamaan ialah pastikan setiap produk yang ingin kamu beli dan cuba itu benar-benar bersesuaian dengan kulit wajahmu. Jika kurang pasti dengannya, kamu boleh mendapatkan pandangan daripada pakar yang bertauliah. Ini kerana tidak semua produk yang ada sesuai dengan kulitmu dan jangan pula nanti wajah cantik yang kamu harapkan menjadi sebaliknya. Jadi, tidak salah jika kamu menyemak beberapa tip yang diberikan ini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

1. Elakkan membeli produk pencerah yang mengandungi kandungan mercury.
2. Hydroquinone merupakan bahan penting yang digunakan di dalam produk pencerah wajah! Namun jika penggunaannya melebihi 10% (kandungan sekitar 2% selamat digunakan), kamu harus berhatihati atau hindarinya terus.
3. Produk pencerah wajah semula jadi biasanya mengandungi kandungan licorice, dan ekstrak bengkuang.
4. Jika kamu mempunyai kulit yang berminyak, sebaiknya elakkan daripada mencuba produk pencerah wajah. Ini kerana produk yang mengandungi pemutih ini biasanya akan menyebabkan kulit berminyak mudah ditumbuhi jerawat.
5. Tempoh masa penggunaan produk yang mengandungi pemutih adalah sekitar 4 – 6 minggu. Selepas itu, hentikan penggunaannya dan gantikan dengan produk yang tidak mengandungi pemutih.
Iklan