Siapa nak Cantik Semudah 123 ???…

Cantik Semudah 123…

Mahu kelihatan cantik dan ramping tanpa kerja keras? Mudah! 28 tip di bawah ini boleh membantu… apa tunggu lagi? Ayuh mulakan.

1 Leher jinjang
Bukan susah untuk mendapatkan leher yang jinjang! Kalungkan sahaja rantai panjang milikmu itu, ia akan menampakkan leher kamu lebih jinjang.

2 Nipis lebih indah

Alis mata yang tebal membuatkan wajah kelihatan bulat dan berisi. Namun jika ia nipis dan rapi, wajah kamu akan nampak bercahaya dan bersinar.

3Merah
Sapukan pemerah pipi… wajah nampak lebih berseri dan ceria.

4 Pucat itu cantik
Siapa kata lipstik pucat itu tidak menarik! Padankan dengan aksesori seperti anting-anting dan kalung berkilau, ia mampu memberikan kesan segar pada wajah.

5 Hitam itu seksi
Rambut yang menghitam dan berkilau menampakkan pipi sedikit tirus. Rawat kebersihan rambut dan elakkan daripada berjemur di bawah sinar matahari.

6 Pony cantik!
Tambahkan pony, wajah nampak ramping dan panjang.

7 Sesuai tubuh

Baju berukuran besar dan longgar memang selesa digayakan. Bagaimanapun, ia akan membuatkan tubuh kelihatan dua kali ganda lebih berisi. Begitu juga dengan baju yang terlalu ketat, ia bukan seksi tapi menyeksakan.

8 Miss matching
Beberapa warna yang senada di tubuh kita akan menyamarkan pandangan orang lain terhadap tubuh kamu yang berisi.

9 Gelap nampak langsing

Hitam memang warna wajib kamu miliki untuk gaun, skirt, dan seluar. Warna hitam akan menampakkan bentuk tubuhmu lebih langsing. Tidak salah jika digayakan bersama stoking hitam… kakimu juga akan nampak lebih ramping.

10 Tegakkan tubuh

Tubuh bongkok akan membuatkan kamu nampak sedikit berisi. Sebaiknya tarik nafas dan berjalanlah dengan tegak. Kamu kelihatan lebih sihat dan segar.

Iklan