Kamu yang Dara cari?…hmmM

KAMU LELAKI DAMBAAN SI DARA? Hmm mendengarnya sudah cukup membuat hati kaum Adam berbunga! Lelaki mana yang tidak mahu diberkani perhatian oleh si dara? Kalau boleh setiap masa mereka ingin dipandang sempurna di mata wanita. Bukan sahaja berteraskan rupa paras yang kacak dan badan yang mantap, ada kalanya lelaki alpa bagaimana caranya untuk memenangi hati insan berjiwa sensitif ini. Pandai mengambil hati antara faktor yang mungkin membantu kamu untuk terus menjadi lelaki idamannya. Namun, itu belum cukup kerana kaum hawa

turut terkenal dengan sikap memilih dan cerewetnya. Jangan marah yee… jadi kaum lelaki, inilah masanya kamu harus peka dan ambil tahu bagaimana untuk menjadi Mr. Perfect di sisinya. Bagaimana?? Cuba praktikan beberapa langkah yang dinyatakan ini, mana tahu ianya berkesan sekali gus membuatkan si dia tidak lagi berpaling pada yang lain…

*****************

1 LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan. Bukan hanya mendengar seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya… Jadi, cubalah jadi kekasih yang prihatin ye!

2 LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati si dia. Walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa mahu hatinya dijaga. Perkara yang selalu menjadi anganan wanita ialah mendampingi lelaki yang pandai memujuk. Bukan pujuk rayu dengan ayat yang berbunga-bunga, tetapi hasilnya hampeh! Maksudnya di sini sekiranya dia merajuk, segeralah pujuk tanpa membuatkan si dia tertunggu-tunggu sebab lumrah wanita ni memang gemar dipujuk.

3 LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak. Contohnya, sesekali biar si dia membuat keputusan. Jangan asyik kamu sahaja yang nak dia ikut cakap kerana si dia boleh menjadi bosan dengan perhubungan ini. Jika kamu kurang bersetuju dengan pendapat dan ideanya, gunakanlah suara selembut yang mungkin untuk menegur kerana diketahui perempuan ni sensitif hatinya…


4 LELAKI YANG BERHATI-HATI

Iaitu berhati-hati dan tidak dengan mudah saja mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kaum wanita. Sebab apabila kaum perempuan memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu dan ini. Kalau mereka mahukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tidak sedap. Selain itu, sedap atau tidak sedap, bersedialah dengan sedikit pujian. Barulah si dia rasa dihargai…

5 LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian kepada perkara ini. Jagalah fi zikal kamu. Bagi yang kukunya berkarat dan selekeh macam pelarian, sedar-sedarlah kamu harus buat perubahan kalau mahu diri kamu dihargai. Kalau nak ‘markah’ lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu dan jangan sesekali abaikan perkara sepenting M.A.N.D.I!

6 LELAKI YANG PEMURAH –
Dalam erti kata lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan reda memberi kejutan seperti hadiah dan sebagainya. Ini penting bagi kamu agar tidak dianggap terlalu berkira dan masih tahu menghargai kewujudan dia di sisi kamu. Bersikap pemurah bukanlah bermakna memberi kemewahan. Sekadar belanja makan, membelinya coklat ataupun belanja tengok wayang setiap kali kamu keluar bersama, itu sudah dikira cukup bagus. Namun bonus bagi kamu sekiranya dapat memberi sesuatu yang tidak dijangka olehnya.

7 LELAKI YANG TIDAK KISAH
Lelaki yang tidak ambil kisah sangat sama ada kaum perempuan gemar mengambil masa yang agak lama untuk merias diri agar sentiasa dipandang cantik. Kalau sudah namanya perempuan, lumrahnya beginilah. Jadi lelaki harus bersikap tidak kisah sekiranya aktiviti ini mengambil masa kamu. Sabar sajalah… Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang sentiasa memberi kelonggaran kepada teman istimewanya. Sebagai contoh, tanya si dia di manakah tempat yang dia berasa selesa untuk shopping? Hmm… dengar sahaja perkataan shopping sudah cukup membuatkan kamu disayanginya. Tak percaya? Cubalah…

8 LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. Sokongan padu di sini bermaksud memberi si dia semangat dalam apa jua bidang dan aktiviti yang diminatinya. Contohnya, si dia amat meminati menjalankan perniagaan berasaskan kosmetik. Sebagai orang yang paling ‘rapat’ dengannya kamu seharusnya membantu si dia dalam apa jua keadaan. Yang pasti di sini tidak semestinya membantu dari segi kewangan tetapi dari segi sokongan moral.
Ini akan lebih memberi makna pada si dia. Jangan terkejut selepas ini si dia akan terus mencari kamu dan merasakan sentiasa memerlukan kamu di sisinya.

Iklan