Cinta?…HaRga!Lah C!nTaMu..

hug
hug

Hargai Cinta


CINTA! Memperkatakan tentangnya nyata tidak pernah habis sampai bila-bila. Malah, pengertiannya bukan sahaja cukup luas tetapi juga terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ada yang kata cinta itu satu kata-kata keramat sebagi tanda kasihnya pada seseorang. Tidak kurang juga yang menganggap cinta itu punyai kuasa tersendiri. Apa tidaknya kerana cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah yang di luar kewarasan fikiran. Tidak kurang juga ada yang mentafsirkan cinta itu sebagai satu kebahagiaan dan juga kesengsaraan. Jadi pun persepsinya, yang lebih pasti cinta pada Yang Maha Pencipta itu bersifat abadi dan kekal selamanya.

Bagaimana dengan kamu, ke manakah cintamu tertumpah? Sebagai manusia biasa yang diberi hati dan perasaan, cinta ‘layak’ untuk sesiapa sahaja. Bagi yang bercinta sesama insan, kamu mungkin agak bertuah kiranya cintamu disambut dan sama-sama membajainya untuk terus subur dan mewangi. Namun bagaimana pula jika cintamu itu tidak kesampaian ekoran beberapa halangan yang melintang? Perlukan kamu menangis dan meraung kerananya atau jadikannya semua itu sebagai pengajaran terbaik untuk memburu cinta lagi? Fikir-fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik untuk dirimu dan juga cintamu itu. Kepada yang kini sedang bercinta, hargailah cintamu itu seadanya. Jangan sampai nanti bila sudah terluka, barulah kamu merasai kehilangannya…

Iklan