B!ArkaN c!nTaMu t3tAp h0T!!!

Biar cinta tetap hot!

Ramai couple yang break hanya kerana gaya percintaan mereka tidak sesuai. Kalau you all nak perhubungan tersebut tetap hot dan sentiasa mekar mewangi, adalah lebih baik jika you all kenali terlebih dahulu gaya percintaan you all yang sebenarnya.

1) Trusted Love
Biarpun tidak selalu kelihatan mesra, namun gaya percintaan seperti ini umumnya ‘saling mengisi’. Biasanya mereka nie lebih kerap kelihatan enjoy bersama teman-teman dan selalu berkongsi cerita sambil bergurau mesra serta bertukar senyuman. Gaya bercinta seperti ini membuatkan kita berasa lebih rileks dalam menghadapi masalah atau melewati saat-saat buruk dalam bercinta.

2) Macam belangkas
Couple jenis belangkas nie selalunya bermesra dan bermanja-manjaan tak mengira waktu dan tempat. Mereka seolah-olah ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka adalah pasangan sejati. Jangan terlalu berlebihan kerana perhubungan tersebut boleh menjadi basi dan bosan. Sesuatu yang bersifat kejutan pasti akan terasa lebih berkesan kalau dibandingkan yang terjadi secara berterus-terusan.

3) Dramatik
Hubungan cinta seperti ini tidak jelas. Ada kalanya mereka kelihatan mesra, tetapi seminggu berikutnya dah bergaduh besar pula! Gaya percintaan ini memang tidak membosankan tetapi tersangatlah memenatkan. Apabila salah seorang daripadanya termasuk dalam kategori orang yang sabar, memanglah tak ada masalah. Tapi, apa yang akan jadi jika sebaliknya? Sampai bila boleh bertahan dalam keadaan yang macam tu?

4) “Just for Fun”
Couple yang satu nie mempunyai kehidupan yang tersendiri. Perasaan saling menyukai dan memerlukan yang ada lebih bersifat kepada sebuah persahabatan. Tidak ada target yang mereka kejar dan tidak ada masalah pun kalau perhubungan mereka itu tidak berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih serius. Dalam perhubungan yang seperti ini, kejujuran dan sikap keterbukaan amat diperlukan.

5) ‘Ketagihan’ Cinta
Bagi mereka, jatuh cinta ibarat bertukar baju. Apa yang peliknya, setiap kali jatuh cinta, mereka selalunya berasa yakin kalau BF nya kali ini adalah guyz yang paling ideal. Jika kita tergolong dalam kategori seperti ini, bersiap sedialah untuk mendapat berita buruk. Sebelum memutuskan hasrat untuk bercinta, adalah lebih baik jika you all menjadi teman atau sahabatnya terlebih dahulu. Kalau you all berdua rasa memangnya serasi bersama, baru ‘on’ kepada perhubungan yang lebih serius.

6) Pasangan Camouflage
Hubungan mereka sukar untuk diteka atau diramalkan. Apabila ditanya, dua- duanya mendiamkan diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen. Paling tidak, cuma tersenyum. Gaya bercinta seperti ini hanya akan membuatkan kita tetap berstatus ‘single’. Nak buka mulut atau simpan perasaan cemburu pun tak boleh, sebab hubungan yang terjalin memang tidak pasti statusnya. So, you all terjerat dalam gaya percintaan seperti ini tak bolehlah nak naik angin tak tentu fasal kalau tiba-tiba ada orang lain yang tertarik atau jatuh hati dengan si dia. Ingat! Si dia bukan hak you all.

Iklan