Res3p! B!$kut Suj! Fu$!0n..!!

BISKUT SUJI (1)

*500 gm tepung gandum

*250 gm minyak sapi

*250 gm gula halus

*sedikit ceri untuk hiasan

*gula halus secukupnya utk menyadur

1.Gaulkan tepung gandum dengan gula halus.

2.Cairkan minyak sapi dan sejukkan.

3.Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli hingga lembut.

4.Gentelkan bulat-bulat dan hias dengan ceri.

5.Bakar 20 – 25 minit atau hingga masak.

6.Sejukkan dan sadur dengan gula halus sebelum dihidangkan

BISKUT SUJI (2)

*3 cawan tepung gandum

*3/4 cawan gula castor

*1 camt baking powder

*Ghee secukupnya

*Buah ceri untuk hiasan

1.Ayakkan tepung dan baking powder.

2.Campurkan dengan gula castor, kemudian gaulkan dengan ghee sehinggaadunan boleh di gentel.

3.Perapkan beberapa jam.

4.Lepas tu bolehlah dibentukkan bulat-bulat dan dihiaskan dengan hirisan buah ceri ( tak nak bagi hiasan pun boleh…) 5.Kemudian dibakar sampai masak.

BISKUT SUJI (3)

*300gm tepung gandum

*300gm gula kastor

*250gm gheeblend

1.Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut.

2.uli sampai menjadi doh yang lembut dan nampak berminyak sikit, kalau tidak kuih akan jadi keras sikit.

3.lepas itu bulat-bulatkannya macam guli dan bakar dalam lebih kurang 15 minit(180 darjah).

4.hati-hati sikit bila mengeluarkannya dari dulang agar tidak pecah.

5.Kalau nak sedap lagi letak sikit almond cincang.

Iklan