Remaja Cantik dan hapPy $elaLu…

Biarpun usiamu kini semakin hari semakin bertambah, namun ada sesetengah dari kamu yang ingin kelihatan sentiasaremaja, cantik dan ceria selalu. Ha…. rahsianya mudah sahaja. Selain penjagaan wajah yang betul dan berterusan, pemikiranmu juga perlu sentiasa positif dan hatimu mesti baik selalu. Selain itu, 16 tip yang kami sediakan kali ini jugaboleh membantu…. Untuk Tip Berikutnya dapatkan https://zieraladycake.wordpress.com

1. Di bawah pengaruh angka
“Alamak! Angka pada alat penimbang semakin naik? Nampaknya aku bertambah tua…”.Mungkin ada antara kamu pernah mengalami perasaan ini? Abaikan angka-angka itu. Ia tidak bermakna
kamu perlu mengabaikan berat badan yang bertambah, cuma untuk kekal sihat, kamu perlukan masa untuk berubah dan sentiasalah positif!

2. Berkawan dengan si kaki cakap?
Hampir setiap jam kamu terpaksa memekak telinga dengan bebelan teman di sebelah. Jika dibiarkan, lambat laun kamu akan menjadi sepertinya. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, banyak-banyakkanlah bergaul dengan kawan-kawan yang ceria dan berfikiran positif! Ha….. tentunya kamu akan awet muda

3. Berhenti belajar?
Opss! Jangan begitu, kamu tidak boleh mudah berasa puas dengan apa yang kamu lakukan ataupun peroleh kini. Usah biarkan otak kamu bermalas-malasan kerana otak yang malas akan membuatkan kamu semakin tepu! Jadi perlu sentiasa memikirkan sesuatu yang baru untuk melatih otakmu terus aktif dan kreatif.

4. Sering berkerut
Tahukah kamu? Sekiranya kamu sering mengerutkan wajah, otot-otot pada wajah kamu akan turut sama berkerut. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kedutan pada wajah muncul lebih cepat berbanding waktu sebenarnya. Untuk itu banyakkan senyuman dan tawa… kerana senyuman
merupakan ekspresi kebahagiaan bagi seseorang. Jika jiwa kamu segar, fizikal kamu juga turut kelihatan segar dan muda.

5. Sedih berpanjangan
Kamu bersedih dan menangis apabila kekasih pujaan hati memutuskan percintaamu. Menagislah jika semua itu boleh meredakan perasaanmu. Tetapi jangan berlarutan kerana kesedihan ini akan menghilangkan rasa gembira yang boleh membuatkan kamu ceria.

Iklan