Petua M3m!kAt hat! GurU..~~

Petua ‘Memikat’ Hati Guru

PERNAHkAH anda dengar pelajar merungut, “Apalah cikgu Ramlah tu, pilih kasih. kalau si Rahman tu, apa-apa dia buat semua boleh. kalau aku ni, ada saja yang tak kena. Pilih kasih betul!”

Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?

Katakan memang ada guru yang pilih kasih dan melebih-lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu? Tentu tidak bukan? Yang ingin saya katakan ialah guru pilih kasih perkara biasa. Hal ini tidak bermaksud guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru sayang akan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi beberapa anak murid yang memenuhi beberapa ciri-ciri pilihan mereka.

Pentingkah anda memikat hati guru anda? Apa untungnya jika guru anda mengasihi anda? Saya beri satu contoh mudah. Katakan anda diminta mengajar dua anak saudara anda yang beberapa tahun lebih muda. Anak saudara yang pertama suka mendengar kata anda. Dia membuat apa-apa yang anda suruh semasa sesi pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian kepada anda semasa anda mengajar. Anak saudara yang kedua pula tidak boleh duduk diam semasa sesi pembelajaran. Semasa anda sibuk mengajar, dia sibuk mengasah pensel, mencari buku, melukis kartun dan sebagainya. Apabila anda suruh buat latihan, dia merungut dengan mengatakan bahawa dia tidak faham apa-apa yang anda ajarkan.

Soalan saya, anak saudara mana yang anda akan lebih suka? Mudah bukan? Soalan saya lagi, jika anda rasa anak saudara anda suka mendengar apa-apa yang anda ajar, adakah anda akan semakin bersemangat untuk mengajarnya? Sudah tentu bukan? Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana mahu mengambil hati atau memikat hati seorang guru. Hal ini tidak bermaksud anda mahu mempermainkan mereka. Memikat hati guru bertujuan agar ilmu anda lebih diberkati dan anda akan lebih mudah faham apa-apa yang diajarkan. Inilah objektif utama mengapa anda perlu tahu beberapa petua untuk memikat hati seorang guru.

Jadi kali ini kita akan bincangkan dua petua ringkas untuk memikat hati seorang guru.

Petua pertama
Belajar dalam keadaan gelas yang kosong. Apakah maksud saya ini? Belajar dalam keadaan gelas yang kosong bermaksud anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa-apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh.

Hal ini bermaksud, mereka rasa mereka sudah tahu banyak perkara berbanding kawankawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka. Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya, air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar.

Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap ke dalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak kedalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan,anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih.

Perkara yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke sekolah dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai.

Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru? Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk dalam kelas. Apabila seorang guru dapat mengesan orang begini, selalunya guru akan cuba mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain.

Hal ini supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu dengan pelajar gelas penuh ini. Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup

Iklan