C!ntaMu & C!nt4ku jua…akn teTap H0T!!!

Biar cinta tetap hot!

Ramai couple yang break hanya kerana gaya percintaan mereka tidak sesuai. Kalau you all nak perhubungan tersebut tetap hot dan sentiasa mekar mewangi, adalah lebih baik jika you all kenali terlebih dahulu gaya percintaan you all yang sebenarnya.

1)
Trusted Love

Biarpun tidak selalu kelihatan mesra,
namun gaya percintaan seperti ini
umumnya ‘saling mengisi’. Biasanya
mereka nie lebih kerap kelihatan enjoy
bersama teman-teman dan selalu
berkongsi cerita sambil bergurau mesra
serta bertukar senyuman. Gaya bercinta
seperti ini membuatkan kita berasa lebih
rileks dalam menghadapi masalah atau
melewati saat-saat buruk dalam bercinta.

2) Macam belangkas

Couple jenis belangkas nie selalunya
bermesra dan bermanja-manjaan tak
mengira waktu dan tempat. Mereka
seolah-olah ingin menunjukkan kepada
semua orang bahawa mereka adalah
pasangan sejati. Jangan terlalu
berlebihan kerana perhubungan tersebut
boleh menjadi basi dan bosan. Sesuatu
yang bersifat kejutan pasti akan terasa
lebih berkesan kalau dibandingkan yang
terjadi secara berterus-terusan.

3) Dramatik

Hubungan cinta seperti ini tidak jelas.
Ada kalanya mereka kelihatan mesra,
tetapi seminggu berikutnya dah
bergaduh besar pula! Gaya percintaan
ini memang tidak membosankan tetapi
tersangatlah memenatkan. Apabila
salah seorang daripadanya termasuk
dalam kategori orang yang sabar,
memanglah tak ada masalah. Tapi,
apa yang akan jadi jika sebaliknya?
Sampai bila boleh bertahan dalam
keadaan yang macam tu?

4) “Just for Fun”

Couple yang satu nie mempunyai
kehidupan yang tersendiri. Perasaan
saling menyukai dan memerlukan
yang ada lebih bersifat kepada sebuah
persahabatan. Tidak ada target yang
mereka kejar dan tidak ada masalah
pun kalau perhubungan mereka itu
tidak berlanjutan hingga ke peringkat
yang lebih serius. Dalam perhubungan
yang seperti ini, kejujuran dan sikap
keterbukaan amat diperlukan.

5) ‘Ketagihan’
Cinta

Bagi mereka, jatuh cinta ibarat bertukar baju. Apa yang peliknya,
setiap kali jatuh cinta, mereka selalunya berasa yakin kalau BF
nya kali ini adalah guyz yang paling ideal. Jika kita tergolong
dalam kategori seperti ini, bersiap sedialah untuk mendapat berita
buruk. Sebelum memutuskan hasrat untuk bercinta, adalah lebih baik
jika you all menjadi teman atau sahabatnya terlebih dahulu. Kalau
you all berdua rasa memangnya serasi bersama, baru ‘on’ kepada perhubungan
yang lebih serius.

6) Pasangan Camouflage

Hubungan mereka sukar untuk diteka
atau diramalkan. Apabila ditanya, dua-
duanya mendiamkan diri dan tidak mahu
memberikan sebarang komen. Paling tidak,
cuma tersenyum. Gaya bercinta seperti ini
hanya akan membuatkan kita tetap berstatus
‘single’. Nak buka mulut atau simpan
perasaan cemburu pun tak boleh, sebab
hubungan yang terjalin memang tidak pasti
statusnya. So, you all terjerat dalam gaya
percintaan seperti ini tak bolehlah nak naik
angin tak tentu fasal kalau tiba-tiba ada orang
lain yang tertarik atau jatuh hati dengan si
dia. Ingat! Si dia bukan hak you all.

Iklan