aL3rt!! Per!0d LaMbat @ C3p4t

++My Body++
  Alert! Period Lambat atau cepat?

Apa yang membuatkan jadual atau kitaran period kita tidak sama dengan teman-teman lain? Jom, kita belajar menghitung jadual period!Apa yang membuatkan jadual atau kitaran period kita tidak sama dengan teman-teman lain? Jom, kita belajar menghitung jadual period!

Kenapa kita mesti mengetahui jadual period? Ini supaya kita ‘aware’ dengan setiap perubahan yang berlaku di dalam tubuh kita. Misalnya, period kita terlambat/terlalu cepat kerana disebabkan oleh stress atau kepenatan. Kita juga boleh mengenal pasti datangnya PMS yang biasanya terjadi beberapa hari sebelum period. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia menghadapi mood rollercoaster sewaktu PMS dan menstruasi terjadi.

Kitaran menstruasi tidak sama pada setiap gadis. Meskipun ratarata sekitar 28 hari, tetapi ada juga yang 24 hari, 30 hari atau bahkan 35 hari. Kitaran yang tidak teratur itu biasanya terjadi pada you all yang baru sahaja mengalami menstruasi. Tubuh kita memerlukan waktu untuk melakukan penyesuaian pada kebiasaan baru ini. Jadi, boleh jadi juga kitaran menstruasi kita adalah 28 hari selama tiga bulan, tetapi tiba-tiba berubah pada bulan berikutnya, atau malah tidak datang period selama sebulan. Selepas beberapa tahun, kitaran ini akan menjadi semakin teratur. So, jangan bimbang, ya!

Kitaran menstruasi seorang gadis dikira bermula dari hari pertama menstruasi atau period datang, sampai ke hari pertama menstruasi di bulan berikutnya. Jadi, jika seorang gadis mengalami menstruasi pada tarikh 2 Mei, kemudian yang berikutnya jatuh pada tanggal 31 Mei, maka kitaran menstruasinya berlangsung selama 31 ditolak dengan dua, iaitu 29 hari. Jadi, biasakan untuk menandai kalendar pada setiap hari pertama menstruasi pada setiap bulan

Iklan