Rah$!a tuBuh cAnt!k m3naWaN

Rahsia tubuh indah menawan


Ingin mendapatkan kulit tubuh, tangan, kaki serta kuku yang sempurna? Mudah… kamu boleh gunakan apa sahaja bahan semula jadi yang terdapat di sekeliling kamu. Biar murah, asalkan kesannya cantik dan indah.

1. Inginkan kulit tubuh yang halus dan cerah, berendamlah di dalam bathtub yang telah diisi dengan susu tepung (35gram) dan air selama 20 minit. Susu mengandungi kandungan protein, lemak, vitamin (A,B6,D), mineral kalsium, dan magnesium yang dikatakan mampu menghaluskan serta melembapkan kulit.

2. Kesan selulit atau stretch mark yang terdapat di beberapa bahagian tubuh akan membuatkan kamu hilang keyakinan diri untuk bergaya. Namun jangan risau, untuk mengurangkannya kamu boleh menggunakan daun sirih sebagai rawatan. Caranya mudah! Kamu hanya perlu menghancurkan daun sirih, kemudian sapukan ia di bahagian kulit yang terdapat selulit. Lakukan beberapa kali sehingga kesannya mula berkurangan.

3. Berendam di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan 5 sudu makan garam, dipercayai boleh membuatkan tubuh menjadi rileks. Hasilnya kulit kelihatan halus, tubuh menjadi sihat dan fikiran pun tenang. Untuk penghidap penyakit darah yang tinggi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum berendam di dalam larutan garam.

Iklan