14 perihal cantik

14 perihal cantik
Kamu mesti tahu!

Berbicara tentang cantik, ia tidak pernah ada titik noktahnya…. Lebih-lebih lagi pada si gadis, ada-ada sahaja yang tidak kena! Sebab itulah, Info Cantik keluaran ini, kami memilih untuk ketengahkan 14 persoalan yang sering diutarakan bila bercakap tentang CANTIK!

1 Bolehkah bulu mata yang gugur tumbuh kembali?
Boleh…. Bagaimanapun proses pertumbuhan bulu mata tidak secepat pertumbuhan rambut. Selain itu, makanan tambahan yang diperlukan oleh rambut juga sedikit sebanyak dapat membantu pertumbuhan bulu mata.

2 Apa itu Milia?
Milia adalah benjolan kecil berwarna putih yang biasanya tumbuh di sekitar mata dan pipi. Milia terbentuk disebabkan kerana adanya keratin di bawah lapisan kulit yang tidak mengelupas secara sempurna lalu terkumpul di situ. Ia tidak boleh dihilangkan dengan cara memicitnya. Tetapi ia boleh dikurangkan dengan facial secara teratur.

3 Bagaimanakah kantung mata boleh terbentuk? Dan bolehkah ia dihilangkan?

Peningkatan usia adalah antara faktor terbentuknya kantung mata. Usia yang bertambah akan menyebabkan kulit semakin nipis sehinggakan lemak yang terkumpul di bahagian bawah mata mula kelihatan. Salah satu cara untuk menghilangkannya adalah dengan melakukan pembedahan atau laser. Walau bagaimanapun kamu perlu dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

4 Apakah yang menyebabkan tepi bibir kelihatan hitam?

Ia terjadi disebabkan pembengkakan pembuluh darah dilapisan kulit. Proses ini lebih kurang sama dengan pembentukan lingkaran hitam bawah mata. Selain faktor keturunan, narkotin pada rokok dan sinaran matahari juga boleh menyebabkannya berlaku. Untuk itu, amalkan sapuan lip balm atau lipstik yang mengandungi SPF untuk melindungi bibir.

5 Apakah produk ayang sesuai untuk mengatasi bibir sun burn?
Sebaiknya gunakan produk-produk aftersun seperti krim penyejuk dan krim emollient. Produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti aloe vera juga dikatakan mampu mengurangkan rasa pedih

6 Apakah yang menyebabkan munculnya kutil di kaki?
Kutil yang tumbuh di kaki dan tangan disebabkan oleh kuman papilloma virus (HPV) dan kutil jenis ini mudah merebak berbanding kutil di bahagian wajah, belakang atau leher. Kutil jenis ini boleh dihilangkan dengan cara mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit.

Iklan