Tips mekap ke pesta

l

Tips mekap ke pesta
Neutral & seksi

Pesta hujung minggu perlu dihadiri. Selain penampilan, wajah juga memerlukan kelainan. Wajah, mata, pipi dan bibir… biarlah nampak cantik dan menggoda. Ayuh! Mulakan… Neutral dan Seksi, jadi tema pilihan…

Wajah

Sapukan rata bedak asas pada wajah, agar tampak lebih halus dan neutral, akhirinya dengan sapuan bedak debu. Sebelum itu, pastikan bedak yang pilih sesuai dengan warna kulitmu.

Pipi
Serlahkan kejelitaan dengan sapuan pemerah pipi. Sama ada warna merah bata atau coklat, ia terpulang kepada konsep riasan di wajah. Pastikan sapuan dibuat
di atas tulang pipi.

Mata
Kelopak mata yang luas diindahkan dengan sapuan pembayang mata warna neutral. Mulakan dengan warna yang sedikit terang dan pertegaskan dengan warna yang sedikit gelap.

Bibir
Bibir tampak menawan dengan warna merah jambu. Mulakan dengan sapuan lipstik, kemudian akhirinyadengan lipgloss.

Serlahkan mata mu!
Lakarkan bingkai mata dengan liquid eye liner dan akhirinya dengan sapuan maskara. Inginkan kelainan? Glitter melengkapkan riasanmu.

Iklan

One thought on “Tips mekap ke pesta

  1. aku ni suka tgk org mekap.masalahnya aku tak arif sgt pasal bab ni.dan aku gak takut bila aku mekap,nanti jadi cam toyol.aku sukakan mekap yang neutral.kulit aku sawa matang.apakah jenis mekap yang sesuai untuk aku.

Komentar ditutup.