Sayang-sayang saudara tiri

Biasanya kita sering mendengar tentang hubungan ibu, bapa dan adik-beradik tiri. Namun jarang sekali kita bercerita tentang hubungan antara saudara tiri. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ada di antara kita yang tidak tahu bagaimana hubungan sebenar saudara tiri ini. Oleh itu, Dara.com pada kali ini telah memilih tajuk saudara tiri untuk mengisi ruang TOPIK pada bulan ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah hubungan saudara tiri yang dimaksudkan itu.

Saudara tiri dalam pengertian ibu lain dan bapa lain boleh dinikahi. Ia berbeza dengan saudara tiri yang satu bapa dengan kita tapi berbeza ibu, atau satu ibu tapi berbeza bapa. Perkahwinan tersebut diharamkan bagi saudara tiri yang satu darah dengan kita. Inilah yang dimaksudkan dari firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:

“Diharamkan atas kamu (menikahi) ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu, anak-anak perempuan dari saudara laki-lakimu, anak-anak perempuan dari saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusuimu, saudara-saudara
perempuan yang satu susuan denganmu, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak perempuan dari isterimu (anak tiri) yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa atasmu (jika menikahinya), (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan (diharamkan) mengumpulkan (dalam pernikahan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [An-Nisaa’ : 23]

Apabila kita menyebut tentang hubungan saudara tiri, ramai yang membuat spekulasi sendiri di mana hubungan yang dijalinkan sering berantakan dan bermasalah. Namun, ramai di luar sana mungkin tidak tahu yang mereka juga boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain. Malah, mana yang sebaya dianggap sebagai teman rapat untuk mengadu dan berkongsi masalah.

Iklan