Impian wanita

Inilah realiti hidupku yang tidak mungkin terus ditangisi. Dunia kita mungkin berbeda… Aku dengan matahari yang pernah terlelap dan kalian dengan jalan yang selalunya indah… Aku pernah menyusuri lorong yang sempit namun
bernasib baik masih terpancar satu titik yang lembut untuk menyandarkan perjalanan dengan sebuah tujuan akhir untuk membesarkan anak-anak dengan segala kesempurnaan… Hanya kerana itu aku bangun dan berusaha keras siang dan malam, saat dan minit, mungkin sepurnama hanya sehari untuk aku beradu…

Fikiran tiada lagi di kayangan, sentiasa berpijak di bumi nyata. Kesedihan tidak mungkin ku dakap lagi, hanya dilepaskan tiada bertepi. Mungkin bila semua memandang senyuman terpancar dari riak wajah, namun di sebalik itu tiada siapa yang tahu! Hati ada tersentuh dengan segala anggapan dan andaian… Cuma kebenarannya aku sahaja yang tahu.

Iklan