++Friend 4 Ever ++

Menjadi pendengar kepada setiap masalah sahabat tanpa bersungut atau memberi sebarang komen memang susah. Untuk berusaha menjadi kaunselor kepada sahabat sekali gus membantu sahabat keluar dari kepompong masalahnya, nyata bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Ketika hubungan you all dengan sahabat sedang dilanda masalah atau sudah tak semanis seperti di awal perkenalan dahulu, komunikasi adalah kunci utama untuk mempertahankan hubungan you all dengan sahabat. Jika komunikasi tidak berlangsung dengan baik, agak sukar juga untuk you all mengembalikan keakraban dalam hubungan persahabatan itu. You all cuma, mendengarkan masalah yang sedang dihadapi oleh sahabat? Ia bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Walau bagaimanapun, you all perlu berusaha dan cuba belajar untuk menjadi seorang pendengar yang baik jika you all benar-benar menyayangi hubungan persahabatan itu. Mungkin tips berikut boleh membantu you all untuk cuba menjadi seorang pendengar yang baik khusus untuk sahabat.

1-BERIKAN SEPENUH PERHATIAN Ketika sahabat ingin mengajak you all berbual, jauhkan semua fikiran yang mengganggu dalam kepala you all. Fokuskan diri padanya, juga ceritanya. You all tidak mungkin boleh mendengar ceritanya dengan baik jika pada ketika itu you all memikirkan tentang hal lain. Contohnya; sewaktu sahabat sedang bercakap you all pula melakukan kerja lain. Ini boleh mengganggu fikiran you all.

2-JANGAN BERDEBAT Keadaan ini perlu diperhatikan dengan teliti. Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya you all dan sahabat berada dalam konflik. Jangan memberikan komen yang mendadak ketika sahabat sedang meluahkan isi hatinya. Dan jangan pula you all ajak sahabat untuk berdebat. Jangan mencari ‘siapa salah atau betul’ kerana ia hanya akan membuatkan si sahabat malas untuk berkomunikasi dengan you all. Biasakan memberi kesempatan padanya untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar sebelum you all melontarkan komen kepadanya.

Iklan