Bienda Dilamun Cinta

l

Bienda @ nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, gadis manis bertudung litup ni memulakan kariernya sebagai penyanyi kumpulan nasyid Solehah. Kini dia tetap meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dengan beralih arah ke genre padang pasir yang nampaknya diterima oleh peminat² muzik tanah air.

Bienda yang juga ikon fesyen gadis bertudung ni khabarnya semakin tenang menjalani kehidupan hariannya, walaupun satu ketika dulu dia menanggung derita dengan penyakit jantung berlubang. Berkat doa & sokongan keluarga serta peminat, Bienda semakin pulih selepas pembedahannya berjaya dilakukan.

Menurutnya, tak dapat digambarkan betapa risau dirinya untuk menghadapi dugaan tu. “Bienda bertanggungjawab terhadap keluarga Bienda. Ada juga Bienda terfikir tentang mama, abang & adik² bagaimana jika Bienda takde lagi. Bienda tak terkilan tentang perkara lain kecuali ilmu akhirat, tak tahu sama ada cukup atau tak,” ujarnya. Tapi kini Bienda bersyukur dirinya telah selamat & dapat menyambung kehidupan dengan lebih baik.

Sementara tu, terpancar di wajahnya satu kegirangan. Dia juga nampak semakin berseri oleh kerana hatinya kini dikatakan sedang berbunga di lamun cinta. Menurutnya dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenali sebagai K berasal dari Melaka. Jarak usia yang hanya 3 tahun itu membuatkan dia berasa selesa berkawan rapat. Namun begitu, Bienda tak dapat nak menceritakan dengan lebih terperinci tentang hubungan ini kerana ia masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing². Katanya lagi, jodoh tu di tangan Tuhan. Jadi biarlah Dia yang menentukan segala²nya.

Iklan