Awek Pisau Cukur

Awas! Awek Pisau Cukur Bak kata orang, masa bercinta segalanya indah-indah belaka. Semuanya manis untuk ditelan. Namun tidak selalunya hubunganmampu kekal bahagia. Adakalanya diselangi dengan krisis yang tidak dijangka. Inilah yang dikatakan adat dan lumrah percintaan, Namunsejauh mana kamu mampu bertahan bersama insan ‘tersayang’ sekiranya kamu mula mengesyaki si dia hanya berniat untuk mengambil kesempatan ke atas diri kamu?

*****************

Pantang kamu berduit, mulalah aksi ‘manja-manja kucing’ pujuk rayu ke shopping mall. Itu nak, ininak! Sayang punya fasal, kamu bertepuk dahi mencatu bajet. Hey lelaki! Sejauh mana si dia jujur dengan kamu? Awas ya dengan awek pisau cukur nie. Mereka ada di mana-mana…. Ha… tip di bawah mungkin membantu kamu untuk mengenal sebahagian kriteria awek si pisau cukur ini. Guna aset diri Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya. Adakalanya aset yang dimaksudkan itu tidak sahaja dizahirkan dengan bentuk fizikalnya seperti memiliki senyuman yang menawan, susuk tubuh yang cantik dan lirikan mata yang menggoda sahaja malah ianya meliputi segala ‘bahasa tubuhnya’ ketika bersama kamu.

Bicara manis Awek pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa, malah setiap pemberian ‘kecil’ daripada kamu ditolaknya dengan penuh sopan (kononnya dia tidak mahu menyusahkan kamu). Bagaimanapun, sesekali ia akan diselangi dengan pertolongan kecil untuk kamu sehingga kamu begitu menghargainya. Ketika ini, barulah si dia memainkan peranan yang lebih besar sehingga lama-kelamaan, botak kepala kamu untuk menunaikan setiap permintaannya.

Nampak mewah Awek kaki kikis nie juga berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini semua adalah untuk meyakinkan kamu bahawa dia tidak memerlukan harta kamu untuk hidup senang dan miliki apa sahaja yang dimahukannya. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata untuk menutup segala sikapnya yang gemar ‘mengikis’ itu. Jadi, jangan mudah terpedaya ya.

Bijak menggoda Agak seksi dan menggoda. Ini antara jalan mudah untuk mereka yang tidak suka bermain dengan helah dan bersikap hipokrit. Namun biasanya awek jenis ini lebih jelas sikap ‘pisau cukurnya’ dan senang untuk kita menilainya. Biasanya mereka mempunyai kehendak yang tinggi pada barangan yang mahal dan berjenama. Jadi mereka hanya mencari lelaki yang betul-betul bergaya dan berkemampuan untuk menanggung segala perbelanjaan untuk kos kecantikannya untuk terus bergaya seksi dan menggoda. Maklumlah, cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

Tidak percayakan lelaki Biasanya mereka ini mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya mereka yang pernah jadi mangsa rogol ayah sendiri, dikecewakan dalam bercinta dan sebagainya. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan mula menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki. Antaranya, dengan mengikis segala harta teman lelakinya sedikit demi sedikit bukan sahaja untuk keperluan diri tetapi kepuasan.

Setelah agak lama berkawan. Biasanya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Tetapi selepas itu, sedikit demi sedikit dia akan mula mainkan peranan, apatah lagi apabila melihat teman lelakinya itu tidak pernah mengeluh dengan setiap permintaannya. Selalunya senjata bagi awek jenis ini ialah merajuk kerana dengan merajuk, dia mampu memperoleh apa sahaja yang dihajatinya. Itupun kalau si lelaki itu masih mahu memujuk dan mampu untuk melunaskan segala permintaannya.

Terima seadanya Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin, asalkan banyak harta, awek pisau cukur tetap akan menggodanya sampai dapat.

Suka shopping Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya seperti shopping. Cara paling selamat, elak manjakan awekmu pergi window shopping apalagi ke tempat yang banyak menjual barangan kesukaannya.

Perahsia Biasanya awek pisau cukur ini juga akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir dua atau tiga bulan. Tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

Manja bila perlu Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi, dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Si dia hanya manja dengan kamu apabila dia berasakan kamu perlu untuk dia ‘gunakan’. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. Tetapi alasan-alasan yang diciptanya memang sukar untuk dibidas.

Iklan